fbpx
Now Reading
The Rock Tamatkan Zaman Bujang selepas 12 Tahun Jalin Hubungan Cinta

The Rock Tamatkan Zaman Bujang selepas 12 Tahun Jalin Hubungan Cinta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B1V5m7WFfUy/

Siapa yang tak kenal dengan Dwayne Johnson aka The Rock bekas bintang WWE terkemuka. Dia amat dikenali dengan aksi lincah dan bertenaga di gelanggang tersebut malah amat terkenal dengan ungkapan ‘If You Smell What The Rock Is Cooking!’

Namanya yang terlalu gah di  WWE  pada masa itu telah menarik minat penerbit-penerbit Hollywood untuk mengambilnya berlakon . Hasilnya? Dwayne Johnson telah dinobatkan sebagai Aktor dengan Bayarang Tertinggi Di Dunia bagi tahun 2019 oleh Forbes . Terima kasih kerana kerana aksi-aksi menariknya di setiap filem yang dia bintangi.

Nama aktor ini baru-baru ini menjadi sensasi di Hollywood kerana dikhabarkan telah menamatkan zaman bujangnya bersama teman wanita, Lauren Hashian seorang komposer yang juga merupakan ibu kepada dua anak mereka ; Jazzy dan Tia.

Berita baik ini di diumumkan oleh The Rock dan Isteri di Instagram mereka, dengan the Rock memuat naik kapsen yang berbunyi ‘ We Do August 18th. Hawai. Pomaika’i(blessed). ‘

Tahun lalu sewaktu di temu bual oleh hos Entertainment Tonight. Johnson mendedahkan bahawa dia tidak mahu terburu-buru menikahi Hashian.

Sebagai rekod, bintang Hollywood termahal itu sebelum ini pernah berkahwin dengan penerbit filem Danny Garcia pada tahun 1997 sebelum mereka masing-masing membuat keputusan untuk tidak lagi bersama 10 tahun kemudiannya.

Hasil perkawhinan itu mereka dikurniakan seorang puteri,Simone Johnson yang kini sudah pun mencecah  umur 18 tahun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.