fbpx
Now Reading
Sambutan Hari Malas Sedunia di Colombia , Wow!

Sambutan Hari Malas Sedunia di Colombia , Wow!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rasanya dalam kalendar kita dah terlalu banyak hari sedunia kan? Acara atau festival yang kadangkalanya bermula dari  sambutan secara kecil-kecilan dengan tujuan memberi kesedaran mengenai sesuatu perkara, kemudiannya disambut sesebuah negara sebelum diraikan meluas secara global menyebabkan semakin banyak kewujudan sambutan-sambutan sebegini.

Namun dalam banyak-banyak acara sambutan ini ,tahukah anda ada satu sambutan yang sedikit pelik namun menarik iaitu Sambutan Hari Malas Sedunia yang hanya di sambut di Itagui, Colombia

Mereka sebenarnya baru sahaja meraikan sambutan unik tersebut yang diadakan pada 10 Ogos yang lalu. Acara tahunan semenjak tahun 1985 ini diraikan dengan hanya keluar berpakaian tidur serta turut membawa bersama katil dan tilam mereka di tengah jalan raya.

Apa lagi yang mereka lakukan?

Tiada. Hanya tidur,berbaring santai dan bermalas-malasan di katil atau di mana sahaja tempat yang sesuai untuk dibaring . Wah menarik kan??

Carlos Mario Montoya, pengasas festival tahunan ini berkata , tujuan mereka mewujudkan hari acara ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti bahawa pentingnya rehat  dan waktu santai kepada manusia bagi menghilangkan stress lebih-lebih lagi bagi golongan yang bekerja.

Kami ingin memberi kesedaran betapa pentingnya masa lapang dan aktiviti rekreasi kepada masyarakat – Carlos Mario Montoya

Pelik bukan ? Cara sambutan turun temurun yang dianggap pelik dan unik, namun dianggap serius kerana pada mereka , individu yang terlampau sibuk bekerja, jika kurang mendapat rehat serta kurang dalam melakukan aktiviti riadah boleh mengakibatkan stress yang mampu membunuh.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.