fbpx
Now Reading
[FOTO] Dulu Kahwin di Music Video, Kini Ippo Hafiz Berkahwin Di Alam Nyata Dengan Gadis Sama, Sweet!

[FOTO] Dulu Kahwin di Music Video, Kini Ippo Hafiz Berkahwin Di Alam Nyata Dengan Gadis Sama, Sweet!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pernah dengar lagu Ippo Hafiz – Saat Bahagia, lagu OST untuk drama Pujaan Hati Kanda?

Bestkan? Lagu ni kalau main masa majlis wedding pun mesti best! Model dalam klip videonya pula cantik ya amat! Sampai ketara muka Ippo girang semacam dalam video klip tu!

Namun siapa sangka, pertemuan mereka sewaktu pembikinan video muzik itu dan lakonan mereka sebagai pasangan kekasih akhirnya membawa kepada penyatuan Ippo Hafiz dan model, Fara Roslan ke jinjang pelamin; sama seperti dalam muzik video tersebut!

Pasangan ini telah diijabkabulkan pada Sabtu lalu (24 Ogos) seperti perancangan asal, di sebuah vila di Jalan Ampang selepas hampir setahun berkenalan. Sekali lagi terima kasih kepada video muzik tersebut.

Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Orang Islam W.P Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Nasir Abdullah dengan sekali lafaz.

Terdahulu hubungan cinta pasangan ini bagaikan sudah dapat dihidu peminat gara-gara Raja OST itu kerap memuat naik fotonya bersama Fara di Instagram.

Ippo kemudian mengesahkan desas desus tersebut dengan menghantar rombongan merisik di kediaman keluarga Fara seterusnya mengumumkan tarikh pernikahan mereka.

Skrol ke bawah untuk melihat foto di sekitar majlis pernikahan dan persandingan belah perempuan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.