fbpx

Tulisan Jawi Jadi Pilihan Ching Iyu Untuk Kegunaan Harian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu penggunaan tulisan jawi dan seni khat dalam kalangan murid dan pelajar menjadi topik perbincangan hangat sejak kebelakangan ini.

Namun bagi Owee Ching Iyu, dia amat meminati tulisan jawi malah sering menggunakannya dalam kehidupan seharian walaupun tahu menulis rumi.

Semua bermula ketika warga emas berusia 77 tahun itu berusia sembilan tahun sewaktu memasuki alam persekolahan di Sekolah Melayu Tendong, Pasir Mas, Kelantan.

Menurut Iyu, dia mengakui tidak pandai menulis tulisan Cina kerana tidak mendapat pendidikan formal dalam subjek berkenaan.

“Saya sering gunakan tulisan jawi untuk kegunaan harian contohnya untuk menanda tarikh-tarikh penting untuk aktiviti pertanian kerana saya bekerja sebagai petani di kampung.

“Belajar jawi pada mulanya susah tapi bila dah berjaya kuasainya, ia lebih mudah berbanding tulisan rumi. Cuma sekarang ejaan-ejaan dalam jawi sedikit berbeza ketika saya mula-mula belajar dahulu,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.