fbpx
Now Reading
Ini Reaksi Faizal Tahir Apabila Aliff Syukri Mahu Berduet Dengannya

Ini Reaksi Faizal Tahir Apabila Aliff Syukri Mahu Berduet Dengannya

Biarpun sering dikritik kerana mempunyai ‘suara sumbang’, namun Datuk Aliff Syukri tetap tidak berputus asa. Terbaru usahawan itu menyuarakan hasrat mahu berduet dengan dua penyanyi hebat, Anuar Zain dan Faizal Tahir.

BACA : https://buzzkini.com/trending/2019/08/23/datuk-seri-vida-kantoikan-aliff-syukri-kolam-ikan-dikatakan-12-kaki-rupanya/

“Sejujurnya, saya teringin nak berduet dengan Anuar Zain atau Faizal Tahir. Mereka popular dan berbakat. Saya rasa saya boleh mengembangkan bakat seperti mereka. Paling tidak pun, saya mahu berduet dengan Ismail Izzani”

Menurut Aliff, beliau juga berkeinginan mahu menjadi popular dan hebat seperti kedua idolanya itu. Untuk pengetahun, kini Aliff baru sahaja melancarkan lagu terbaru berjudul Cowok Baru bersama Upiak Isil dan Lucinta Luna.

“Lagu ini sebagai pemangkin untuk saya mengembangkan bakat nyanyian di Indonesia. Lagu ini dipasarkan oleh Datu Entertainment dan kini saya merupakan artis rakaman di bawah naungan mereka,” katanya.

Ini pula reaksi Faizal Tahir di Twitter mengenai perkara ini. ‘Honoured and humbled’.

See Also

Tweet beliau juga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Selain lagu Cowok Baru, sebelum ini Aliff telah merakamkan beberapa buah lagu antaranya Abang Nak Tegur, Bobo Di Mana, Biar Apa Orang Kata dan Jom Raya. Kalau korang semua rasanya nak dengar tak lagu ciptaan Faizal Tahir yang dinyanyikan Aliff Syukri?

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.