fbpx
Now Reading
Kalimantan Timur Rasmi Dipilih Ganti Jakarta Sebagai Ibu Kota Baru Indonesia

Kalimantan Timur Rasmi Dipilih Ganti Jakarta Sebagai Ibu Kota Baru Indonesia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Indonesia akhirnya sebulat suara bersetuju mengalihkan ibu kota mereka dari  Jakarta ke Kaliman Timur.  Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Presiden Joko Widodo atau  lebih dikenali sebagai Jokowi di Istana Presiden semalam.

Difahamkan lokasi Ibu kota baru Indonesia itu ialah di dalam daerah Penajam Paser Utara dan daerah Kutai Kertanegara, sebuah kawasan yang terletak berdekatan dengan Balik Papan dan Samarina dan dijangka akan mula beroperasi sebagai Ibu Kota Indonesia yang baru pada tahun 2024.

Keputusan ini telah dilakukan kerana kedudukan wilayah borneo itu yang agak strategik dan agak terlindung daripada lingkungan bencana.

Isu mengalihkan ibu kota Indonesia telah pun hangat diperbincangkan semenjak awal tahun yang lalu malah jika diikutkan sejarah , Indonesia telah 3 kali berpindah ibu kota iaitu dari Jakarta ke Jogjakarta pada 4 Januari 1946, kemudian dari Jogjakarta ke Bukit Tinggi, Sumatera Barat, 19 Disember 1948 yang terakhir ke Bireuen Acheh juga pada tahun yang sama-sama . Semua ini gara-gara negara Indonesia ditawan oleh Belanda sebelum akhirnya kembali ke Jakarta.

Jokowi turut menerangkan, usaha memindahkan ibu kota Indonesia sebenarnya telah lama muncul semenjak zaman Presiden Soekarno lagi, disebabkan kepadatan Pulau Jawa yang terlalu tinggi selain beberapa faktor yang lain.

Untuk operasi pemindahahan kali ini , Jokowi menganggarkan kosnya mungkin mencecah 466 trillion Rupiah ( RM 137 Bilion )

“19 peratus daripada dana tersebut diperoleh daripada Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara (APBN). Baki dana akan menggunakan dana disalurkan Kerjasama Pemerintah dan Badan Usaha (KBPU), pelaburan swasta dan Badan Usaha Milik Negara (BUMN),” ujarnya .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.