fbpx
Now Reading
Jangan Tuduh Melulu Saya Kat Backstage Ni – Hakiem Rusly Isu Cekik Pekerja Minyak

Jangan Tuduh Melulu Saya Kat Backstage Ni – Hakiem Rusly Isu Cekik Pekerja Minyak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kecoh mengenai seorang penyanyi yang juga komposer BBNU di tahan polis gara-gara tindakannya mencekik  seorang pekerja di sebuah stesyen minyak  di Ampang.

Di petik dari Harian Metro, kejadian yang berlaku pada pukul 4 petang itu ,menyebabkan penyanyi terbabit kini direman sehingga hari ahad.

Namun belum apa-apa sudah muncul beberapa netizen membuat andaian sendiri dan mula membabitkan kejadian berkenaan dengan beberapa penyanyi di Malaysia.

Namun yang paling teruk dikaitan tidak lain dan tidak bukan..

Haqiem Rusly..

Haqiem Rusly bagaimanapun bertindak pantas memuat naik video di IG Storynya menyatakan yang dia baru sahaja pulang dari satu sesi sound check untuk sebuah event dan dia masih ada dan tidak ditangkap seperti dakwaan sesetengah peminat.

Tapi paham-paham jelah sesetengah orang kita, sampai ada yang menuduh kemaskini di sosial media tersebut dilakukan oleh manager Haqiem. Haha sampai ke situ dorang fikir.

Haqiem kemudiannya sekali lagi memuat naik status di akaun twitternya menidakkan dakwaan mereka-mereka yang mengaitkannya yang berbunyi “Jangan tuduh melulu atau mengaibkan. Saya kat backstage ni esok perform Muzikal Lawak Superstar.”

Jangan tuduh melulu atau mengaibkan. Saya kat backstage ni esok perform Muzikal Lawak Superstar.

Dia kemudiannya menciap panjang sekali lagi di twitter nya dengan membuat kenyataan penuh menafikan sebarang penglibatan di dalam kes berkenaan malah menyatakan yang dia berada di satu sesi photoshoot semasa kejadian terjadi.

Disini saya nak clear kan keadaan,saya tidak terlibat dalam isu cekik pekerja di pam minyak. Pada hari kejadian dan waktu petang(kejadian) itu saya ada photoshoot di KL,Tolong jangan menyebarkan benda yang tidak sahih. Sebentar tadi pun saya ada soundcheck untuk Program Tv. Jangan salah faham. Tq.

Di harapan penjelasan panjang lebar dari Haqiem dapat meyakinkan orang terutama Haters dia. Kalau tak yakin jugak malam ni kita nanti kan kemunculan haqiem.Jika benar dia diluar dan bukan di ‘dalam’, yang memfitnah bolehlah merangkak cari Haqiem kelak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.