fbpx
Now Reading
[FOTO]Hari Kebangsaan 2019 Disambut Penuh Patriotik Dan Meriah Di Putrajaya

[FOTO]Hari Kebangsaan 2019 Disambut Penuh Patriotik Dan Meriah Di Putrajaya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak boleh digambarkan perasaan penulis apabila berkunjung ke Dataran Putrajaya hari ini bagi mengikuti sambutan Hari Kebangsaan yang ke 62 .Dari awal pagi lagi kawasan ini sudah dibanjiri rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum.

Serius sambutan yang diraikan dengan  penuh patriotik! Tema pun menarik ‘Sayangi Malaysia ku:Malaysia Bersih’ 

Sambutan Hari Kebangsaan ini adalah yang kali ke 2 berturut-turut di adakan di Putrajaya ;pusat pentadbiraan kerajaan Persekutuan kita selepas diambil alih oleh Pakatan Harapan.

YDP Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar turut berangkat menghadiri sambutan.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Tun Mahatir; TPM , Datuk Seri Dr Wan Azizah dan suami Datuk Seri Anwar Ibrahim , barisan Menteri kabinet  serta pegawai-pegawai kerajaan.

Sambutan yang dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama dan anggota  Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja  oleh YDP Agong diikuti  acara nyanyian Negaraku, bacaan Ikrar Rukun Negara dan Laungan Merdeka ini kemudiannya dimeriahkan dengan persembahan khas ‘Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih’ melibatkan 1,627 peserta dari kumpulan kesenian mewakili pelbagai persatuan dan agensi.

Acara kemudiannya diteruskan dengan perarakan di Persiaran Perdana yang  membabitkan keseluruhan 17,353 peserta  dari kontigen perkhidmatan awam,  syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta.

Apa  yang turut menarik perhatian adalah ketibaan dan kepulangan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang memandu sendiri Proton Saga baru berwarna merah ditemani pengawal peribadinya. Caya Tun!

Selamat Hari Kebangsaan ke 62 buat Seluruh Rakyat Malaysia!

Gambar sekitar sambutan:

Pengunjung yang memeriahkan sambutan.
Ibu bapa turut mengambil kesempatan membawa anak-anak mengikuti sambutan
Antara pengunjung di Dataran Putrajaya
Antara pengunjung di Dataran Putrajaya
Kibarkan Jalur Gemilang

Comel adik2 ni
Usai sesi perbarisan
Terima kasih kepada sukarelawan yang turut membantu menjaga kebersihan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.