fbpx
Now Reading
Nyanyian Lagu ‘Setia’ oleh Agong, PM dan Barisan Menteri Kabinet Curi Perhatian Netizen

Nyanyian Lagu ‘Setia’ oleh Agong, PM dan Barisan Menteri Kabinet Curi Perhatian Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Demi negara yang tercinta ,
Dicurahkan bakti penuh setia,
Demi Raja yang disanjung tinggi ,
Kesetiaan tak berbelah bagi.

Pasti korang pernah dengar lagu yang penuh nostalgia tu kan, lagu berjudul ‘Setia’ nyanyian Francisca Peter yang dicipta oleh Datuk Ahmad Dasilah dan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat.

Baru-baru ini bersempena dengan Hari Kebangsaan yang ke 62, buat julung-julung kalinya, Yang di Pertuan Agong , Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah, berkenan untuk menyertai PM dan barisan Menteri kabinet untuk merakamkan muzik video khas untuk remake lagu tersebut. 

Perkongsian muzik video berkenaan di Youtube rasmi milik PM ,Tun Mahathir itu telah di muat naik sejak semalam 30 Ogos 2019 untuk paparan kita semua rakyat Malaysia.

Lirik yang mendalam, sangat-sangat mendalam. Sesiapa yang menonton untuk mendengarinya buat pertama kali pasti akan ternaik bulu roma. Malah barisan kabinet yang berbilang kaum melambangkan kepelbagaian latar belakang rakyat Malaysia.

Rata-rata netizen tersentuh hati dengan penglibatan Agong dan Jemaah Menteri dalam menjayakan Muzik Video tersebut. Ada juga yang  menyatakan yang lagu itu mengingatkan mereka pada kenangan-kenangan lama ,dan yang paling menariknya ramai yang turut berpendapat lagu ini menaikkan semangat harmoni buat sesama rakyat Malaysia.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 62 buat anda seluruh Rakyat Malaysia!!! Merdeka! Merdeka! Merdeka

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.