fbpx

Resepi Peria Rangup ‘Kriuk Kriuk’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peria sememangnya salah satu sayuran yang bagus untuk kesihatan walaupun rasanya agak pahit. Namun, pelbagai resepi diolah untuk menjadikan sayur peria sebagai satu hidangan yang menyelerakan seperti peria celup tepung, peria goreng telur, peria goreng sambal dan banyak lagi.

Seorang pengguna Facebook, Nur Kartinie Shaffei, berkongsi resepi peria rangup ‘kriuk kriuk’ yang bakal membuatkan anda tidak berhenti mengunyah. Jom cuba!

Bahan

Peria katak
Tepung Bestari perisa original
Tepung Bestari perisa pedas
Tepung jagung
Air
Garam

Cara-cara

– Bersihkan peria katak. Belah dua dan buang biji. Potong nipis.

– Rendam dengan air garam dalam satu jam.

– Campurkan tepung bestari original dan pedas serta tepung jagung. Sukatan terpulang kepada anda.

– Toskan peria daripada air garam. Basuh peria dengan air bersih.
– Kemudian, lap peria dengan tisu dapur sehingga agak kering.

– Gaulkan peria dengan tepung yang dah dicampurkan tadi. Kemudian tapis.

– Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.

– Bila sudah garing, angkat dan toskan.

– Sementara itu, tunggu sejuk atau toskan minyak atas tisu dapur.

– Siap! Sedia dimakan sambil tonton televisyen ????

Sumber: FB Nur Kartinie Shaffei

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.