fbpx
Now Reading
Bekas Staf KFC Kongsi Tips Untuk Pelanggan Yang Terima Ayam Bersaiz Kecil

Bekas Staf KFC Kongsi Tips Untuk Pelanggan Yang Terima Ayam Bersaiz Kecil

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/realFirdausJailan/posts/1154153418111044

Sebut saja KFC, pasti tertelan air liur dan terbayangkan keenakan ayamnya. Resepi adunan mereka memang tiada tolok bandingnya dan sukar disaingi oleh mana-mana rangkaian kedai ayam goreng di pasaran. Faktor ini juga yang menyebabkan mereka kekal di antara 5 rangkaian restoran makanan segera yang terbesar didunia .

Loki juga sukakan resepi ayam KFC

Namun sebagai penggemar KFC, pernahkan anda mendapat ayam pesanan yang bersaiz kecil dari kebiasaannya? Penulis sendiri pernah mengalaminya  2 kali pada tahun lalu , gara-gara mengunakan servis penghantaran. Kesudahannya ?

Penulis nekad takkan sesekali membuat pesanan KFC secara online lagi !!

Namun baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Mohd Firdaus Jalani yang merupakan bekas pekerja di salah satu cawangan KFC telah berkongsi tips dan langkah yang patut pelanggan ambil sekiranya ayam yang diterima agak kecil .

Sekiranya pesan dan makan di sana:

  1. Jangan sentuh ayam yang ingin ditukar
  2. Teruk bawa ke kaunter, dan buat penukaran sehingga kita puas hati
  3. Jika tidak berpuas hati, boleh meminta refund

Sekiranya ‘Take away’ atau pesan melalui ‘drive thru’

  1. Terus periksa (minta penyepit) terutamanya jika bahagian yang dipesan ialah bahagian kepak dan paha sewaktu pesanan anda sampai
  2. Boleh juga minta kepak dan paha diletakkan di bahagian atas masa packing bagi memudahkan anda untuk ‘check’
  3. Minta tukar serta-merta sekiranya anda menerima ayam yang lebih kecil atau tidak berpuas hati dengan nya.

Perka-perkara begini kebiasaannya berlaku disebabkan perlanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP ) seperti :

  1. Staf yang ditugaskan untuk mencuci ayam tidak mengikut prosedur
  2. Staf yang ditugaskan untuk menggoreng ayam tidak mengikut prosedur
  3. Staf yang ditugaskan untuk menyusun ayam tidak mengikut prosedur
  4. Staf yang ditugaskan untuk menghidam ayam tidak mengikut prosedur

Dari perkongsian Firdaus ini, sedikit sebanyak kita dah tahu di mana punca masalahnya jika menerima ayam bersaiz kecil sebegini di KFC, so boleh lah request untuk tukar.

Gunakan hak anda sebagai pengguna sebaik mungkin. Walaupun takde panduan untuk pengguna online (penghantaran) Penulis pun nak cuba sekali lagi, kalau salah suruh dia tukar balik! Haha  

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.