fbpx
Now Reading
Enot Marah Terima Gambar Lucah?

Enot Marah Terima Gambar Lucah?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini. pelakon, Enot naik hantu apabila menerima kiriman mesej dan gambar lucah daripada seorang lelaki menerusi nombor telefon perniagaannya.

Enot atau nama penuhnya Aliza Abdullah, 40, berkata, lelaki itu sudah lama dan selalu mengganggunya, dan dia telah diberikan amaran, tetapi langsung tidak diendahkan.

“Pada mulanya, saya hanya abaikan mesej yang diterima, tetapi lama-kelamaan dia semakin menjadi-jadi. Selama seminggu, dia menghubungi saya.

“Apabila panggilannya tidak diangkat, dia cuba pula membuat panggilan video. Saya hilang sabar apabila dia bertindak keterlaluan dengan menghantar gambar lucah.

“Saya marah dan memberikan amaran, tetapi dia hanya ketawa. Dia langsung tidak peduli. Siapa yang tidak ‘naik hantu’ menerima mesej seperti itu, tambahan pula telefon bimbit saya dipegang anak,” katanya.

Enot bertindak membuat perkongsian di Instagram sebagai pengajaran, seterusnya berhasrat membuat laporan polis kerana terlalu marah diatas kejadian itu.

“Memandangkan saya masih di Sibu, Sarawak, saya hanya akan membuat laporan polis apabila tiba di ibu negara, esok. Saya tidak boleh bersabar lagi.

“Saya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu itu. Saya berharap dia dikenakan tindakan yang sepatutnya supaya perkara itu tidak berulang,” tegas Enot.

Sumber: BH Online

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.