fbpx
Now Reading
“Kami juga ingin menyelesaikan permasalahan ini secara baik, damai, aman dan waras” – Noor Nabila

“Kami juga ingin menyelesaikan permasalahan ini secara baik, damai, aman dan waras” – Noor Nabila

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini telah hangat diperkatakan tentang status rumah tangga Noor Nabila Mohd Noor dengan Sharnaaz Ahmad. Kakak Neelofa itu menegaskan keputusan untuk berpisah adalah hasil persetujuan secara bersama dengan suaminya.

Katanya kepada BH Online, persetujuan dicapai selepas usaha untuk memperbaiki hubungan mereka sebagai pasangan suami isteri menemui kegagalan.

“Saya agak terkejut dengan kenyataan balasnya (Sharnaaz), seolah-olah dia tidak menjangkakan perkara ini (permohonan cerai). Sedangkan, kami bersetuju untuk bercerai selepas usaha untuk membaik pulih perkahwinan tidak berjaya.

“Selain itu, kami juga ingin menyelesaikan permasalahan ini secara baik, damai, aman dan waras. Semua itu dilakukan demi masa depan anak kami, Jebat Jayden.

“Apa sahaja yang terjadi, memang anak yang akan menjadi keutamaan kami, sekarang,” kata Nabila yang juga Pengarah Urusan NH Prima International.

Baru-baru ini, Nabila dalam pengakuannya kepada BH Online berkata, dia sudah memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz, 34, selepas gosip mengenai perkara itu kencang diperkatakan media.

Sharnaaz menerima dengan penuh reda andai perpisahan menjadi jalan akhir menamatkan kemelut melanda rumah tangganya bersama Nabila. Jika perpisahan yang dipinta isterinya, tiada apa lagi mampu dilakukannya.

Menurut Nabila, dia menerima surat perjanjian cerai daripada Sharnaaz menerusi aplikasi WhatsApp dan pada masa sama, peguam pelakon itu turut menghantar butiran sama menerusi e-mel.

“Saya menerima surat perjanjian cerai itu daripada Sharnaaz pada 26 Ogos lalu. Dia juga meletakkan beberapa terma perceraian

“Selepas berbincang dengan peguam saya, kami (saya dan peguam) bersetuju untuk memfailkan kes ini di mahkamah pada 27 Ogos. Buat masa ini, kami sedang menunggu hari perbicaraan,” katanya.

Nabila memilih untuk tidak menidakkan mahupun mengiyakan mengenai kemungkinan sikap panas baran suami dan kewujudan orang ketiga dalam hidup lelaki itu yang menjadi punca mereka bertindak demikian.

“Saya tidak mahu komen bab itu. Kami pun sudah tidak tinggal sebumbung, sejak Februari tahun lalu,” katanya.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Sumber: BH Online

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.