fbpx
Now Reading
Jangan Gelar Isteri Saya Minah Gigil – Nadzmi Adhwa Buka Mulut Isu Video Nikah Dikecam

Jangan Gelar Isteri Saya Minah Gigil – Nadzmi Adhwa Buka Mulut Isu Video Nikah Dikecam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B1_LxaBAbxK/https://www.instagram.com/tv/B2GSUj8BBdv/

Rasanya rata-rata orang dah tahu yang Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa telah selamat disatukan beberapa hari yang lalu. Walaupuan ramai yang terkejut kerana mereka ini lebih dikenali sebagai teman rapat berbanding sebagai kekasih namun rata-rata tumpang gembira atas berita tersebut.

Baca artikel berkaitan : Selamat bernikah Ardell Aryana merisik suami dengan Quran

Ikuti video temubual pasangan ini oleh Mingguan Wanita di bahagian bawah artikel)

Namun di sebalik kegembiraan itu, muncul beberapa netizen yang mengecam hebat dan memerli Ardell gara-gara dilihat terlalu malu sehingga menggigil teruk sewaktu upacara batal air sembahyang dan upacara menyarung cincin dilakukan.

Itu pun nak kecam ke? Aduyai

Selepas beberapa hari,semalam, Nadzmi tampil memberi respons bagi menjawab bagi pihak isterinya. Korang boleh bacakan kapsyen panjang lebar yang di tulis oleh Nadzmi ini .

Assalamualaikum semua terima kasih atas doa semua, tak terbalas saya. Ada sedikit yang ingin saya kata kan. Sebelum ini telah tular video yang mana saya sedang menyarungkan cincin kepada isteri saya dan isteri saya menggeletar tangannya dan kelihatan hampir sesak nafas.

Ardell Aryana menghidap Anxiety Disorder dan Kemurungan

Untuk pengetahuan semua, isteri saya menghidap ‘Anxiety’ serta ‘Depression’ yang agak teruk sebelum ni dan masih lagi dalam proses pemulihan. Anxiety boleh terjadi bila bila masa sahaja pada isteri saya, bukan hanya pada hari pernikahan kami sahaja. Malah  sebelum ini lagi, apabila berhadapan dengan terlalu ramai (orang) isteri saya akan terkejut sehingga mengalami panic attack yang boleh mengakibatkan black out, pitam, dan sesak nafas.

Sejujurnya selama kami berkawan kami banyak bersama kerana kami bekerja dalam idustri yang sama iaitu tailoring & design. Perasaan sebagai kawan dan perasaan sebagai suami isteri itu jauh beza nya, dan saya pasti detik itu satu detik yang terlalu  berbeza, lagi-lagi setelah akad dilafaz.

Gugup kerana menjadi perhatian orang ramai sewaktu sesi batal air sembahyang

Pada hari pernikahan memang kami berdua memang berasa sangat awkward lagi-lagi sesi batal air sembahyang berlangsung di hadapan orang ramai. Gugup berhadapan orang ramai.

Semua perasaan lega, takut, gembira dan sedih bergabung yang menyebabkan kami menggigil untuk masuk ke fasa baru dalam hidup kami, dan keadaan pada waktu itu seperti semuanya berubah.

Kami tidak mampu menghentikan kata-kata negative dari setengah netizen, tapi saya berharap tolong doakan yang baik-baik dan jangan timbulkan spekulasi sekiranya tidak tahu apa-apa atau tidak berada di majlis kami . Sedaya upaya saya dan family kami cuba naikkan semangat isteri saya sehingga kami berjaya tempuh pelbagai dugaan hingga ke detik bahagia ini.

Kami bukan manusia sempurna, kami cuma manusia biasa yang ada hati. Sebagai seorang suami, tolong jaga hati isteri saya dan jangan gelar isteri saya minah gigil, perempuan parkinson, perempuan cacat.

Tak kesah ditertawakan, tapi jangan menghina isterinya!

Saya tak kisah andai ada yang buat parody saya dan isteri untuk menjadi bahan gelak tawa nitizen, cuma jangan HINA isteri saya. Saya mohon jaga lah hati kami suami isteri, family mertua saya dan family saya. Segala yang buruk datang dari kami, yang baik datang dari Allah SWT. Terima kasih untuk doa yang baik-baik dan terima kasih juga untuk yang sebaliknya. #adhwardell

Semoga respons dari Nadzmi ini dapat menjawab segala kecaman yang dilemparkan terhadap isterinya.

(UPDATE ) Ikuti Video temubual pasangan ini bersama Mingguan Wanita :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.