Saya Memohon Maaf Atas Nama Rakyat Indonesia – Menteri Indonesia Mohon Maaf Isu Rusuhan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Rakan Sejawat Syed Saddiq dari Indonesia, Imam Nahrawi memohon maaf kepada Menteri Belia dan Sukan itu berhubung insiden rusuhan yang terjadi semasa perlawanan bola kelayakan piala dunia di Stadium Utama Bung Karno malam tadi.
Lihat artikel berkaitan : Saya Janji Akan Tuntut Keadilan -Syed Saddiq
Imam yang juga Menteri Pemuda dan Olahraga menemui Syed Saddiq pagi tadi (jumaat) di satu pertemuan di Jakarta bagi mengemukan permohonan maaf beliau secara peribadi.
“Kehadiran saya untuk menyampaikan permohonan maaf secara langsung atas nama rakyat Indonesia dan juga pemerintah kepada menteri Syed Saddiq atas kekacauan penyokong yang kita lihat bersama,” kata Imam yang dipetik media Indonesia
Dalam masa yang sama Imam juga berharap pertemuan dia dengan Syed Saddiq akan menjernikahkan keadaan dan dalam masa sama berharap persahabatan antara kedua-dua negara yang sudah terjalin sejak sekian lama tetap utuh.
Syed Saddiq yang menyambut baik permohonan maaf Imam bagaimanapun meminta agar tindakan tegas dikenakan kepada mereka yang menimbulkan kekecohan di sana semalam.
“Kami ucapkan terima kasih atas pendirian
tegas Pak Imam (Nahrawi) untuk pastikan bahawa akan berlaku keadilan pada masa
depan.
“Bahkan beliau (Imam) juga sudah berhubung
dengan pihak polis untuk memastikan tindakan tegas akan diambil,” tegas
Syed Saddiq.