fbpx
Now Reading
Kereta Aiman Tino Dipecah, Rugi RM8000

Kereta Aiman Tino Dipecah, Rugi RM8000

Kereta Aiman Tino Dipecah, Rugi RM8000 1

Malam tadi, kereta Perodua Myvi penyanyi Aiman Tino telah dipecah di Subang Jaya. Dia mengalami kerugian RM8,000 selepas penjenayah melarikan laptop, kamera SLR, gopro dan beg yang menyimpan kad pengenalan serta passport milik penyanyi itu.

Aiman Tino merayu kepada penjenayah tersebut supaya memulangkan semula barang-barang yang dilarikan dan sanggup membayar kepada penjenayah terbabit. Kejadian itu berlaku di tempat letak kereta di Subang Jaya malam tadi semasa Aiman dan pembantu peribadinya berada di sebuah kedai makan di kawasan itu.

Kereta Aiman Tino Dipecah, Rugi RM8000 3

“Assalammulaikum, kepada yang mengambil barang saya, kalau awak baca story ini, tolong! Bagi barang-barang saya tu pada saya.

“Saya perlukan. Saya akan bayar awak. Tolong DM saya secara peribadi. Saya akan jaga aib awak. Saya janji. Tolong,” tulis Aiman di Instagram.

Menerusi Instastory, Aiman memuat naik status di laman sosial merayu individu tersebut memulangkan semula barang-barangnya dan berjanji akan merahsiakan identiti penjenayah itu.

“Sekarang ini saya dah reda dengan kerugian hampir RM8,000. Penjenayah itu ambil laptop, gopro yang saya baru sahaja beli, kamera jenis Canon SLR dan beg.

See Also
Kereta Aiman Tino Dipecah, Rugi RM8000 2

“Dalam beg itu pula, ada kad pengenalan dan passport saya juga. Kejadian itu berlaku ketika saya dan Bob sedang makan di sebuah kedai Subang Jaya,” – jelas Aiman

Namun, Aiman tino akhirnya mengalah dan reda dengan kehilangan barang-barang miliknya dan mengakui kejadian itu juga berpunca daripada sikap cuainya yang meninggalkan barang-barang berharga di dalam kereta.

Sumber: Teh Panas

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.