Now Reading
Semakin Ramai Pelajar Menghisap Vape

Semakin Ramai Pelajar Menghisap Vape

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N. V Subharow, memaklumkan bahawa tahap penggunaan vape dan rokok elektronik dalam kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan

Menurut beliau, kajian mendapati lebih 2,000 pelajar di Kedah dan Pulau Pinang. Tegasnya, rata-rata antara mereka yang telah menghisap vape atau rokok elektronik tidak mengetahui berkenaan kandungan kimia terutama dalam cecair yang digunakan.

“Ramai guru-guru disiplin yang telah merampas vape atau rokok elektronik ini telah menghubungi kami (CAP) dan saya sendiri ke sekolah-sekolah untuk bertemu pelajar, yang rata-ratanya bawah umur 16 tahun.

“Mereka ini akui yang mereka tidak tahu apakah bahan-bahan kimia yang berada dalam kandungan cecair tersebut. Ibu bapa pula tidak akan tahu sebab ia bau buah-buahan dan bukan seperti rokok biasa,” katanya.

Sebelum itu beliau telah menyampaikan syarahan pada bengkel Vape Ancaman Kepada Remaja di Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia di sini yang turut dihadiri pegawai perubatan, kaunselor, guru dan wakil beberapa persatuan ibu bapa dan guru. Jelasnya lagi, ada segelintir antara pelajar yang sanggup bekerja pada hujung minggu di restoran mahupun stesen petrol semata-mata mengumpul wang untuk membeli vape atau rokok elektronik.

“Mereka (pelajar) membelanjakan wang yang banyak untuk membeli barang-barang seperti ini dan ia sangat mahal iaitu dari RM45 hingga RM300.

See Also

“Mana mereka dapat duit? Pelajar mengakui apabila mereka bercuti, mereka kerja sambilan di stesen minyak dan kedai makan untuk beli barang sebegini,” ujarnya.

Justeru beliau meminta Kementerian Pendidikan memulakan projek atau akviti yang dapat memberi pendidikan dan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah berhubung penggunaan vape dan rokok elektronik dalam kalangan pelajar sekolah.

Sumber: Awani

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.