fbpx
Now Reading
Berniaga Tiga Tahun, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Kini Bergelar Jutawan

Berniaga Tiga Tahun, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Kini Bergelar Jutawan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B2L5-zNBUe0/

Tahniah buat pasangan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang kini sudah bergelar jutawan dalam bidang perniagaan. Terbaru, Wawa meluahkan rasa syukur apabila perniagaan kosmetik yang diusahakan selama tiga tahun membuahkan hasil.

“Sudah tentu saya rasa bersyukur, tak dinafikan memang kami sudah berjaya mencapai beberapa juta. Kami dah rasa, sudah dapat dan mampu apa sahaja yang kami nak selama ini. Tiba masanya berkongsi rezeki dengan orang lain pula”

Berkongsi mengenai kejayaan mereka, Wawa mendedahkan banyak liku yang terpaksa ditanggung seperti ditipu individu berpangkat, selain menghambakan diri mempelajari selok belok bidang peniagaan selama tiga tahun.

“Perasaan puas bila kami berjaya lahirkan dua orang jutawan kosmetik dan empat orang lagi akan menyusul jadi jutawan dalam tahun ini. Masa mula-mula memang susah, lebih-lebih lagi kami tiada ilmu perniagaan”

“Latar belakang keluarga juga bukan orang bisnes. Saya ambil tiga tahun untuk establish. Saya juga pernah ditipu RM100,000 lesap sebab itu saya kurang percaya dengan individu berpangkat ni,” jelasnya.

Terdahulu pasangan ini ditemui di majlis perlancaran Wawa Unicorn Kit Wawa di Bukit Bintang semalam. Semoga kejayaan pasangan ini menjadi inspirasi untuk usahawan Melayu berjaya juga!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.