Now Reading
“Welcome to my life, Faeq” – Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

“Welcome to my life, Faeq” – Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Di Matamu’, Sufian Suhaimi. Sufian telah memuat naik satu entri di Instagram semalam berkongsi kepada peminatnya bahawa dia sudah mengambil seorang anak angkat lelaki yang bernama Faeq Razeeq.

Sejurus itu, Astro AWANI cuba mendapatkan Sufian untuk bertanya kepadanya mengenai perkara tersebut.

Ketika ditanya mengapa dia mengambil anak angkat, jawapan dia amat mudah.”Untuk menjadi seorang yang lebih baik buat seseorang selain ibu bapa dan juga keluarga,” katanya melalui satu pesanan ringkas di aplikasi WhatsApp.

Tambahnya dia merasa gembira apabila melihat rakan-rakan yang sudah keluarga dan mempunyai anak.

See Also

Sufian juga turut berkongsi bersama di mana Faeq itu merupakan anak kepada rakan baiknya semasa sekolah.

Dan buat masa ini, Faeq masih lagi tinggal bersama ibu bapa kandungnya dan mereka akan berjumpa hampir setiap hari untuk meluangkan masa bersama.


© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.