fbpx
Now Reading
Makanan Dalam Penerbangan Air Asia Kini di Darat!

Makanan Dalam Penerbangan Air Asia Kini di Darat!

Makanan Dalam Penerbangan Air Asia Kini di Darat! 1

Rasanya pasti ramai yang rindu dengan keenakkan makanan yang disajikan setiap kali penerbangan AirAsia. Nasi Lemak Pak Nasser antara makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Makanan Dalam Penerbangan Air Asia Kini di Darat! 3

Ramai sebenarnya yang rindu untuk makan juadah yang ditawarkan AirAsia tetapi tidak semua yang mampu untuk terbang setiap masa. CEO AirAsia, Tony Fernandes mendengar keluhan anda dan menerusi kenyataan beliau di Instagram, restoran ‘Santan’ pertama akan dibuka di Mid Valley tidak lama lagi.

Tidak dinyatakan bila Santan akan mula beroperasi tetapi dijangka dibuka dalam masa terdekat. Cawangan kedua Santan pula akan dibuka di Sunway Pyramid Disember nanti.

Menurut Tony lagi, permohonan franchise juga akan dibuka tidak lama lagi. Kita tunggu sahajalah Santan dibuka dan kini, tak perlu tunggu terbang untuk ber-Santan!

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.