fbpx
Now Reading
Raja Permaisuri Agong Tutup Akaun Twitter Gara-Gara Sekumpulan Pengguna Biadap

Raja Permaisuri Agong Tutup Akaun Twitter Gara-Gara Sekumpulan Pengguna Biadap

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rasanya kehadiran Raja Permaisuri Agong , Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutaakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di Twitter sentiasa menceriakan hari warga Twitterjaya, malah apa saja yang di Tweetnya pasti akan diulang ciap oleh mereka.

Boleh dikatakan baginda adalah satu-satunya kerabat diraja atau lebih tepatnya Permaisuri Agong yang begitu dekat dengan rakyat.  Dengan gayanya yang bersahaja, malah dengan sikap low profile baginda membuatkan rakyat tertarik hati untuk mengenali baginda dengan lebih dekat , hanya dalam masa singkat baginda telah mempunyai 234,000 pengikut.

Namun semuanya tidak lama apabila akaun baginda dikatakan diserang oleh sekumpulan rakyat BIADAP, sehinggakan Permaisuri Agong bertindak untuk menutup akaun Twitternya.

Segalanya bermula apabila seorang pengguna twitter memuat naik gambar dan menyatakan yang dia memulakan harinya dengan menyekat akaun twitter baginda

Tweetnya kemudian diikuti oleh beberapa lagi pengguna yang sama biadapnya

Difahamkan gara-gara kelakuan mereka ini menyebabkan Permasuri Agong menutup Akaun Twitternya.

Pengguna Twitterjaya rata-ratanya mengecam kumpulan biadap ini malah ramai yang memohon agar Permaisuri Agong kembali aktif disana. Malah Twitter hari ini trending dengan #AmpunTuanku

Apa-apapun semoga pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan biadap ini. Berikan hukuman yang setimpal, agar kisah mereka dijadikan iktibar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.