fbpx

“Saya musykil jika dia masih sayangkan perhubungan ini” – Noor Nabila

Biarpun Sharnaaz Ahmad menolak penceraian yang difailkan, namun Noor Nabila tetap tegas mahukan penceraian. Dalam masa sama, Nabila hairan mengapa Sharnaaz masih ingin menyelamatkan rumah tangga mereka sedangkan keputusan itu dibuat olehnya terlebih dahulu.

BACA : https://buzzkini.com/trending/2019/09/11/sharnaaz-ahmad-tolak-tuntuan-cerai-noor-nabila/

“Apabila memfailkan permohonan cerai, ini bermaksud saya sudah bersedia dengan apa jua keputusan. Tapi apabila semalam dia tidak setuju untuk berpisah, saya perlu menghormati keputusan mahkamah dan ikut prosedur”

“Saya mahu Jebat Jayden membesar dengan kehadiran ayahnya, tiada halangan untuk Sharnaaz datang meluangkan masa bersama anaknya pada bila-bila masa dia nak datang. Sebelum memfailkan penceraian, dia terlebih dahulu menghantar perjanjian penceraian kepada saya”

Menurut Nabila lagi, punca penceraian mereka biarlah hanya mereka yang tahu dan sebagai seorang yang matang beliau tidak mahu mengaibkan suami. Tambahnya, beliau percaya apa yang berlaku punya hikmah disebalinya.

“Saya musykil jika dia masih sayangkan perhubungan ini dan ingin menyelamatkan rumah tangga kerana kami tiada lagi persefahaman. Biarlah masalah ini hanya kami tahu. Dia tahu mengapa saya mengambil tindakan ini”

See Also

“Saya percaya setiap yang terjadi ini ada hikmahnya. Setiap pasangan yang berkahwin, sudah pasti tidak mahukan penceraian. Saya dah cuba pelbagai cara untuk selamatkan rumah tangga ini namun ia tidak berhasil,” jelasnya

Mengulas kenyataan adiknya (Neelofa) baru-baru ini, Nabila berkata, beliau ada hak untuk memberikan pendapat. Malah jelasnya, sebagai adik yang tinggal bersamanya pasti merasa kesian dengan nasib menimpanya.

BACA : https://buzzkini.com/hiburan/2019/09/12/isu-rumahtangga-nabila-neelofa-sindir-sharnaaz/ 

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.