fbpx
Now Reading
Bayi 4 Bulan dan Warga Emas Mati Akibat Jerebu

Bayi 4 Bulan dan Warga Emas Mati Akibat Jerebu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekurang-kurangnya dua orang termasuk bayi berusia empat bulan dilaporkan mati akibat jerebu yang semakin buruk di Selatan Sumatera, Indonesia.

Straits Times yang memetik Kompas melaporkan, bayi kepada pasangan petani di kampung Talang Bulu, wilayah Banyuasin itu meninggal dunia kelmarin di Hospital Ar-Rashid, Palembang.

Dia dikatakan mengalami masalah pernafasan teruk sebelum dikejarkan ke hospital.

Manakala portal berita Republika.co.id melaporkan, seorang lelaki berusia 59 tahun yang tinggal di Pekanbaru maut di ladangnya yang diselubungi asap tebal pada 25 Ogos lalu.

Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam sidang media memaklumkan mereka menerima beberapa laporan membabitkan wanita hamil di kawasan terpencil di tengah Kalimantan yang mengalami kesukaran ketika cuba dipindahkan ke tempat selamat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.