fbpx
Now Reading
“Ia Tentang Tanggungjawab” – Noor Nabila

“Ia Tentang Tanggungjawab” – Noor Nabila

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemelut rumah tangga Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad hangat diperkatakan apabila Sharnaaz menolak tuntutan cerai isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka.

Lebih menjadi perhatian apabila Noor Nabila dalam tuntutan perceraiannya memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan.

Susulan tuntutan tersebut, rata-rata netizen mempersoalkan perkara itu malah ada yang mengatakan jumlah tersebut sememangnya tidak mencukupi dengan gaya hidup Nabila yang serba mewah.

Kata netizen lagi, nilai RM500 hanya untuk gadis biasa-biasa. Namun, ada netizen berpendapat nafkah zahir itu mengikut kemampuan suami dan jumlah tersebut sebenarnya mencukupi lebih-lebih lagi Nabila mempunyai pendapatan sendiri.

Bagaimanapun, menerusi Insta Story, Nabila ada memuat naik status mengatakan ia bukan soal duit tetapi tentang tanggungjawab serta bertanyakan hal itu kepada pengikutnya.

Rata-rata netizen percayai kenyataannya itu seakan merujuk kepada isu nafkah RM500 dalam tuntutan perceraiannya.

Terdahulu, Nabila menfailkan perceraian terhadap suaminya, Sharnaaz Ahmad pada 27 Ogos lalu. Menerusi permohonan cerai itu, Nabila memberitahu dia dan Sharnaaz sudah tiada lagi persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.