fbpx
Now Reading
Penampakan Pocong Di Paloh 3 Gua Musang, Kelantan

Penampakan Pocong Di Paloh 3 Gua Musang, Kelantan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini viral mengenai video penampakan pocong yang dikatakan di rakam di Kampung Paloh 3 , Paloh Gua Musang.

Video berkenaan yang hanya berdurasi 11 saat itu sebelum rakaman dihentikan selepas perakamnya terpaksa melarikan diri selepas dikejar sosok berwarna putih tersebut.

Di petik dari Sinar Harian, Ketua kampung Paloh 3 , Shamsuddin Ismail ketika dihubungi berkata yang beliau belum meneliti klip video berkenaan namun seingatnya sudah lama kejadian seperti itu tidak berlaku di kampungnya.  

Shamsuddin  turut memberitahu bahawa baru-baru ini seorang pemuda telah menceritakan kepadanya tentang penemuan lembaga tersebut

“Terbaru, terdapat remaja yang nampak pocong di kawasan pejabat Kesedar Paloh 3 Dia maklumkan kepada saya sendiri penemuan misteri tersebut.

“Sebelum ini memanglah kawasan tersebut sering berlaku gangguan, tapi tidak pernah nampak kelibat yang pelik-pelik. Hanya mengganggu dengan bunyi-bunyian,” katanya kepada pihak Sinar Harian.

Difahamkan ada dakwaan yang mengatakan lembaga terbabit dijumpai berdekatan dengan rumah salah seorang penduduk di situ.

Penduduk tersebut, Supian Daud bagaimamanapun menyangkal dakwaan terbabit selepas menonton video tersebut.

“Bila diperhatikan struktur jalan, ia bukan kawasan rumah saya. Di laluan Paloh3 tiada jalan yang mempunyai garisan tengah.

“lagipun kawasan kampung saya berbukit tapi dalam rakaman itu , ia kelihatan rata (mendatar) Mungkin kawasan lain atau pun pun kampung Paloh di daerah atau negeri lain turutnya lagi”

Supian turut menyatakan yang tiada sebarang kejadian ganjil atau pelik pernah berlaku di kampungnya.

Imam Tua Masjid Keputeraan Paloh,  Nik Badri Nik Abd Aziz turut memaklumkan yang beliau juga tidak pernah mengetahui kewujudan sebarang perkara pelik di Paloh 3 namun beliau tetap tidak menolak kewujudannya malah menasihatkan  sekiranya perkara ini menggangu ketenteraman penduduk adalah wajar untuk memohon bantuan dari  pusat perubatan islam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.