fbpx
Now Reading
“Lepas rindu dekat Faeq guna phone je” – Sufian Suhaimi Akui Rindu Anak Angkat

“Lepas rindu dekat Faeq guna phone je” – Sufian Suhaimi Akui Rindu Anak Angkat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B2jZAmdhVt0/

Penyanyi Sufian Suhaimi akui terlalu merindui anak angkatnya, Faeq Razeeq.

Sufian meluahkan kerinduannya menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya hari ini.


Menurut Sufian, dia terlalu sibuk dengan kerja dan hanya mampu melihat foto dan juga video yang disimpan di dalam telefon pintar sebagai pengubat rindu.

“Video pertama Ayah Yan dan @babyfaeq dah keluar. Saya berasa sungguh teruja untuk berkongsi momen manis kami bersama.

“Sejak kebelakangan ini saya sangat sibuk dengan kerja. Kena kerja di luar negari/negara sampai berhari-hari.

“Bila tengok gambar, tengok video barulah semangat sedikit nak buat kerja,” tulisnya.

Entri tersebut juga turut disertakan dengan video pendek yang merakamkan gelagat Sufian bersama Faeq.

Terdahulu, Sufian mengumumkan mengambil seorang anak angkat lelaki pada 10 September lalu.

Putera comel itu merupakan anak kepada rakan baiknya semasa sekolah.

Faeq juga masih lagi tinggal bersama ibu bapa kandungnya dan mereka akan berjumpa hampir setiap hari untuk meluangkan masa bersama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.