fbpx
Now Reading
Uqasha Senrose Dituduh Eina Azman Mahu Goda Suami Rebecca Nur Islam

Uqasha Senrose Dituduh Eina Azman Mahu Goda Suami Rebecca Nur Islam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti ramai tahu Datin Paduka Eina Azman dan Datin Rebecca Nur Islam sebelum ini bersahabat baik. Kemudian, timbul dakwaan mengatakan mereka berdua bergaduh beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh mengenai kedua pelakon itu namun kali ini nama Uqasha Senrose turut terkait sama apabila dia dituduh cuba menggoda suami Rabecca seperti yang didakwa oleh Eina.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Rabecca berkongsikan mesej perbualannya dengan Uqasha yang bertanyakan tentang dakwaan tersebut. Terkejut dengan pertanyaan Uqasha itu, Rabecca mengatakan perkara itu adalah fitnah.

Tidak hanya berdiam diri, Rabecca memuat naik status menyelar tindakan individu yang menyebarkan fitnah tersebut serta tidak habis-habis mahu mengganggu hidupnya dan mahu orang membencinya.

Dalam pada itu, Eina Azman juga dilihat turut memuat naik status di Insta Story tentang fitnah seolah merujuk kepada isu tersebut.

Nampaknya, kemelut antara Eina Azman dan Rebecca Nur Islam masih tiada kesudahan lagi. Apa pun kita harapkan perkara tersebut dapat diselesaikan secara baik dan hanya mereka sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.