fbpx
Now Reading
Ini Penjelasan Lelaki Travel ‘Bajet’ Bersama Anak Bini di Eropah

Ini Penjelasan Lelaki Travel ‘Bajet’ Bersama Anak Bini di Eropah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=960037834334795&set=a.234714983533754&type=3&theater

Semalam media sosial heboh membahaskan tentang ‘kisah’ seorang traveler popular yang sering kali berkongsi pengalamannya dan tips tentang pengembaraan.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/09/19/masa-kat-italy-kami-tidur-kat-kerusi-taman-lelaki-ini-cerita-pengalaman-cuti-bajet-dengan-anak-bini/

Tindakannya yang didakwa sengaja membiarkan isteri serta anak kecilnya tidur di tepi jalan nyata mendapat kritikan dari orang ramai.

Justeru, untuk mengelakkan lebih banyak spekulasi yang timbul, Zakuan Faiz ketika dihubungi Siakap Keli menjelaskan bahawa ada salah faham yang berlaku pada hantaran yang tular itu. Malah ia telah tersebar dengan tajuk yang kurang jelas hingga membuat orang ramai keliru.

1) Flight kami dari Poland masa tu tengah malam, sampai di Milan awal pagi.

Saya tanya isteri macam mana, dia cakap tidur kejap kat airport Sementara tunggu bas pagi, baru carik hotel. Kalau sekarang ambik hotel, bazir je.

Saya tanya ok ke, dia cakap dia ok, nak rasa jugak macam mana tidur kat luar, nak ambik experience baru. So dia tidur dengan anak kat airport, saya tak tidur jaga barang². Lagipun ramai lagi orang putih dan traveler lain tidur kat airport tu tunggu bas pagi.

Pastu polis datang dan suruh semua yang tidur kat airport Tu bangun. Katanya tak boleh baring, boleh duduk je. So kami akur je. Then tak lama lepas tu isteri saya cakap sakit pinggang kalau duduk lama-lama, jom lah carik tempat baring. Masa tu lagi beberapa jam je nak Subuh. So kami pun tunggu subuh dan solat kat airport .

Lepas subuh ada bas dah. Kami naik bas jalan-jalan kat taman Citta Alta tu sebab orang kata situ cantik. Awal pagi sunyi sepi takda orang. Kalau ambik hotel pun kena check in tengahari. So lepas jalan-jalan ambik gambar semua, isteri sy nak tidur kat kerusi taman tu, sebab tak ada orang awal pagi kat situ , sementara nak tunggu tengahari sikit untuk check in hotel. Jadi saya pun mintak giliran tidur dulu kejap sebab tak tidur langsung sejak semalam.

Lepas sejam camtu, saya bangun, saya suruh isteri pulak tidur dan saya jaga anak dan barang-barang. Dekat-dekat tengahari kami gerak naik bas carik hotel. Kalau kami check in hotel lepas subuh, kena bayar full, pastu check out tengahari, bazir lah. So sekali tu kami jimat dan isteri pulak excited nak rasa experience baru.

2. Pasal anak, kami dah sediakan semua kelengkapan, saya dah travel dekat 50 negara dah.

Jadi adalah sikit-sikit pengalaman, mula-mula pergi sorang, pastu isteri cabar diri nak ikut, pastu sekarang nak rasa experience baru bawak baby pulak. Alhamdulillah dah sampai 22 negara dengan baby ni, sikit pun tak meragam, sihat walafiat sebab kami memang jaga dia gila-gila. Tidur pun gilir-gilir. Sentiasa dengan selimut tebal dan lain-lain keperluan. Baby ok je selesa.

3. Kat hotel, breakfast included. Buffet. So kami pun makan breakfast tu.

Dan ada lebihan makanan tak habis atas meja kami, ada extra nuttela paket kecil dalam 3 paket camtu, so daripada diorang buang, saya bawak je lah. Orang hotel pun ok je saya tanya. So takde lah mencuri. Nuttela tu kami guna buat makan tengahari dengan roti.

4. Kami ada je duit, kad kredit pun ada, tapi isteri saya nak rasa experience macam tu, dan musim pulak musim panas, jadi tak sejuk pun.

Saya tak cerita lagi kami merentas Balkan jalan gunung ganang ikut jalan darat. Memang kami yang nak experience. Sebab sebelum ni dah selalu sangat travel guna pakej, orang urus, selesa. So kali ni kami pilih nak ekstrim sikit, untuk pengalaman semata-mata.

Bukan sebab miskin kalau miskin tak sampai lah ke 40 negara lebih. Semua ok je alhamdulillah. Dah pergi lebih 20 negara dah dengan baby trip Kali ni , Allah pelihara, baby sihat, isteri sihat.

Cuma sekali je terkandas kat Airport London 12 jam sebab ada berlaku salah faham dengan tempat sewa kereta dan hotel, nak baring tak boleh kat airport Tu, Boleh duduk je. so isteri saya sakit pinggang. Sekali tu je dia cakap sakit. Waktu lain kami ambik hotel, apartment, airbnb dll kemudahan. Cuma benda yang jadi ni sebab waktu flight tengah malam je.

Sumber: Zakuan Faiz , Siakap Keli

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.