fbpx
Now Reading
Wanita Kongsi Momen Berpantang,Suami Uruskan Perihal Rumah A-Z Buat Netizen Kagum

Wanita Kongsi Momen Berpantang,Suami Uruskan Perihal Rumah A-Z Buat Netizen Kagum

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tempoh berpantang bagi ibu yang lepas bersalin sebenarnya dianggap sebagai waktu untuk para ibu merehatkan badan, dan merawat luka dalaman yang dialami sewaktu proses melahirkan anak.

Oleh itu sokongan keluarga terutamanya suami amat penting supaya para ibu merasakan diri mereka dihargai dan mampu untuk menjalani tempoh berpantang dengan  lancar.

Ditambah lagi dengan pergerakan yang sedikit terbatas, mana kan mampu untuk mereka menguruskan perihal rumah terutamanya kerja-kerja berat.

Baru-baru ini viral di laman sosial mengenai kisah seorang wanita yang berkongsikan pengalaman manisnya semasa berpantang gara-gara  memiliki seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan sangat membantu. Perkongsiannya membuatkan para netizen kagum malah tidak kurang juga yang memuji sehingga ada yang menggelarkan suaminya  sebagai “Anugerah Tuhan”

Balasan Sang Suami Buat Si Isteri

Ni post bukan nak up laki. Tapi lebih kepada nak cerita balasan yang laki aku buat bila aku beranak ramai bagi dia.  Dan boleh juga jadi rujukan untuk bapa-bapa  yang tak tau nak susun jadual nak buat macam mana bila jaga isteri berpantang.
Pastu masak masakan hat paling simple kat dunia tapi paling sedap bagi seorang isteri sebab dimasak dengan penuh kasih sayang.

Dalam pantang semenjak anak ke3-6 memang suami momy yang jaga.

RUTIN PAGI

Pagi-pagi sebelum dia gi kerja. Dia kejut anak-anak mandi nak pi sekolah. Pastu terus dia pi dapoq rebuih aiq mandian herba, panaskan tungku dan masak makanan pantang untuk momy. Pukul berapa bangun tu? Hangpa bajet-bajet la sendiri sebab dengan nak solat nak mandi semua .

Air mandian dah siap rebuih. Dia mai tuang dalam baldi sesiap dalam bilik aiq. Ya la, orang pantang mana leh angkat berat kan. Lagipun dapoq aku ngan bilik nalla berapa km jauh.  Pastu aku pi mandi.


Uruskan Anak Sebelum Ke Pejebat

Dia siapkan kakak ara nak gi school. Sambil-sambil Dia settlekan balut tungku.Momy keluaq ja bilik aiq dan dah siap semua. Dia param minyak angin satu badan momy, pakaikan bengkung. Then baru dia siap nak pi kerja dan hantaq kakak ara sekolah. Anak-anak hat lain depa uruskan diri sendiri nak pi sekolah pun naik basikal sendiri. Alhamdullillah masing-masing dah pandai berdikari.

RUTIN TENGAHARI

Balik dari pejabat waktu lunch time untuk uruskan keluarga

Dak aura aisyah dan baby Zidane. Satgi dia balik tengahari dia akan mandikan. So sementara tu aku lap-lap je badan baby spray dengan aiq lap ngan kain sementara nak tunggu dia mandi tengahari ni.

Pastu momy pam susu. Sambung balik tungku. Momy bertungku berenti sambung berenti sambung sampai kul 12 tghari ye sampai tungku tu sejuk. Sebab sayang tungku dok panas dok biaq lagu tu ja.

Pastu bila Daddy balik tengahari, dia terus mandikan baby zidane dan kakak aisyah kemudian terus dia pergi amik kakak ara nak balik sekolah, bagi makan. Basuh baju dan dia sambung buat kerja rumah.

Pastu mai dok temenung tepi momy. Bila momy tanya pikiaq apa. Dia kata. Pikiaq nak masak apa malam ni dan esok.

Ha baru tau no. Cmna aku dok pikiaq selama ni. Kikikiki.
Tak masak lagi pun awai dah dok pikiaq nak masak apa kan. 

Tghari tu dia balik waktu dia lunch. Pastu kul 2:30ptg dia pi kerja balik la.

Tinggal la daku dengan anak-anak lagi kat rumah. Tapi takpa
La. Semua kerja dah settle. Makan dah, anak2 pun dah makan dah mandi dah pi sekolah kafa. So apalagi. Momy sambung la buat biz online dan rest.  Time ni la nak rest banyak pun. Time aku tak pantang. Memang tak lekat kat rumah la. Ke sana ke sini aku pi. Pos barang la, amik barang la jumpa orang la. 

RUTIN PETANG

Tolong bantu perniagaan online isteri berkaitan delivery

Kalau ada barang customer yang nak kena pos. Lepas dia balik kerja petang tu dia akan pi pos. Momy wrap sesiap semua. Syukur ada J&T yang buka sampai kul 7malam.  Apapun. Terima kasih dedi sebab menjadi suami perfect 9/10.
Sampai ada tanya tips apa momy buat kat daddy. Hat paling best depa tanya apa mendrem momy kat dedi. Hahahhaa.

Mak momy pernah kata. “Adik, susah dapat laki macam laki hang. Hang jaga baik-baik na.” .. InshaAllah mak. Selagi ada jodoh. Akanku kepit celah ketiakku jaga tatang rapi baik punya. 

Setakat ini perkongsian wanita ini telah mendapat 3,000 tanda suka 2,100 komen dan 4500 perkongsian.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.