fbpx
Now Reading
[FOTO] Bisnes Kad 7 Usahawan Terkenal Dunia Di Awal Kemunculan Mereka

[FOTO] Bisnes Kad 7 Usahawan Terkenal Dunia Di Awal Kemunculan Mereka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rasanya semua golongan yang bekerja setuju kalau kami katakan kad bisnes adalah salah satu ‘senjata utama’ yang digunakan dalam dunia pekerjaan dan perniagaan.

Meskipun dunia sudah beralih ke era di digital, penggunaan kad bisnes terus dipraktikkan.

Selain digunakan untuk memperkenalkan diri kepada prospek, pelanggan atau rakan niaga, kad bisnes juga penting kepada seseorang kerana ia juga memberikan gambaran tentang identiti syarikat atau perniagaan yang dijalankan.

Bercerita tentang business card ini, pernah tak anda terfikir bagaimana agaknya rupa bentuk dan ‘looks’ kad bisnes orang-orang berpengaruh di dunia ni lagi-lagi sewaktu di era awal kemunculan mereka.

Hmm mesti menarik kalau dapat tengok bukan?

Jadi apa kata tatal ke bawah sebab kami akan kongsikan kad bisnes yang digunakan oleh 7 orang usahawan berpengaruh di dunia.

#1 Mark Zuckerberg (Facebook)

Paling cool dan XXX Hahaha. Kad ini yang digunakan Mark Zuckerberg pada awal penubuhan Facebook.

Rasanya Mark sendiri tak menyangka Facebook akan meletup dan berjaya hingga ke tahap hari ini kan?

#2 Mendiang Steve Jobs (Apple)

Ringkas, minimal, smart dan memang mencerminkan identiti ‘clean design’ Apple dari dahulu sampai sekarang.

#3 Larry Page (Google)

Haha. Rasa tengok kad ni dah boleh terbayang laman Google pada awal kemunculannya iaitu pada 1998. Smart dan Klasik!

Yang pasti logo di bahagian tengah itu dah cukup memberitahu semua orang mengenai produknya iaitu laman laman carian enjin.

#4 Bill Gates (Microsoft)

Tak boleh komen banyak. Kalau boleh samakan bisnes kad ni dengan sistem operasi (OS), kad ni level dia macam Windows 3.

Tapi okaylah kan memandangkan kad ni pun dah lama sangat dikeluarkan.

#5 Evan Williams (Twitter)

Ni pun kool dan minimal. Tiada nombor telefon dan tiada alamat.  Sesuai dengan limitasi 140 karakter semasa awal kemunculan Twitter. Hahaha.

#6 Donald Trump (Trump Organization)

Trump sebelum memasuki arena politik adalah seorang businessman yang sangat kaya. 

Lebih mengkhususkan pada dunia property  dan perhotelan, keunikan bisnes kad Trump adalah pada tanda tangan yang terletak di tengah-tengah bisnes kadnya. Terserlah benar KeEGOan dia.

#7 Mike Dell (Dell Corporation)

Bisnes kad Mike Dell semasa penubuhan Dell pada 1984. Nama tulis tangan je kot ? Hahah. Tapi tengok hasilnya sekarang? Antara gergasi IT terbesar di dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.