fbpx
Now Reading
Kematian Adib Disebabkan Jenayah Individu Tidak Dikenali : Keputusan Inkues

Kematian Adib Disebabkan Jenayah Individu Tidak Dikenali : Keputusan Inkues

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Koroner Shah Alam hari membuat keputusan yang kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kasim adalah akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali selepas prosiding perbicaraan yang memakan masa 41 hari.

Koroner Rohiah, dalam keputusannya berkata ,  kecederaan lung chest trauma di alami anggota bomba disebabkan arwah telah ditarik keluar dari van unit bantuan perhidmatan kecemasan (EMRS)

“Saya merumuskan bahawa kecederaan lung chest trauma yang dialami Muhammad Adib adalah bukan perbuatan diri,” katanya.

Beliau turut berkata, keterangan saksi di tempat kejadian juga menunjukkan terdapat perbuatan memukul seseorang di kawasan di mana antara 20 dan 30 orang berkumpul.

Adib

Selain itu menurutnya kegagalan pasukan Polis Diraja Malaysia dan FRU dalam mengawal keadaan semasa turut menyumbang kepada kemadi Muhammad Adib

“Polis gagal mengawal perusuh yang menyerang FRT dan EMRS sebaik sahaja sampai ke lokasi untuk memadamkan kebakaran,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara untuk melakukan siasatan dan pendakwaan.

Abang sulung Adib, Mohd Asraf yang ditemui media mengucap rasa syukur dan gembira dengan keputusan inkues adiknya, malah menyatakan yang ibu dan bapanaya juga sudah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut

Foto : Metro

“Alhamdulillah, syukur semua. Memang inilah yang keluarga harapkan dalam keputusan adib.”

“Mereka akan datang ke Kuala Lumpur dan berbincang tindakan seterusnya,” katanya ketika ditemui di pintu masuk luar Kompleks Mahkamah Shah Alam hari ini.

Prosiding inkues terbabit berlangsung selama 41 hari bermula 11 Februari lalu dan menyaksikan 30 saksi memberi keterangan dengan 137 eksibit dikemukakan.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember tahun lalu di Institut Jantung Negara (IJN).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.