fbpx
Now Reading
Tahniah! Abby Abadi Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Tahniah! Abby Abadi Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B25cz6dnXTX/

Pelakon, Abby Abadi hari ini selamat melahirkan seorang bayi  di Hospital Sungai Buloh secara pembedahan selepas melalui pelbagai dugaan sepanjang tempoh kehamilannya.

Suaminya, Faizal Zakaria melalui Instagram berkongsikan berita gembira tersebut kepada umum dan turut memaklumkan kepada umur yang isteri dan bayi nya yang dilahirkan seberat 535 gram itu dalam keaadan stabil dan sihat.

Dipetik dari mStar, Faizal yang dihubungi bagaimanapun memaklumkan yang bayinya masih dalam pemantauan pihak hospital dan kini diletakkan di wad NICU ( wad penjagaan intensif untuk bayi) kerana kelahiran pra matang.

“Alhamdulillah, kedua mereka selamat, tetapi bayi kami masih dalam pemantauan doktor dan diletakkan di wad NICU kerana lahir tak cukup bulan. Beratnya hanya 535 gram – Faizal Zakaria”

Gambar keluarga besar ini sewaktu di Hospital Foto: IG Memey Suhaiza

Terdahulu bersama Faizal,  bekas suami Abby ,Norman Hakim serta Isterinya, Memey Suhaiza turut memuat naik perkongsian di Instagram masihg-masing memohon orang ramai untuk mendoakan agar Abby dan bayinya selamat kerana terpaksa menjalani pembedahan dengan kadar segera untuk menyelamatkan nyawa mereka berdua.

Pelakon itu dimasukkan ke hospital pada Ahad malam selepas mengalami tekanan darah tinggi. Difahamkan, Abby  sebelum ini pernah mengalami keguguran pada 2017 ketika kandungannya memasuki bulan ke 5.

Tahniah Abby dan suami!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.