fbpx
Now Reading
Adik Noor Nabila Muat Naik Status, Perli Tindakan Sharzaaz Ahmad?

Adik Noor Nabila Muat Naik Status, Perli Tindakan Sharzaaz Ahmad?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kes perceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila semakin rumit dan memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor.

Jelas Sharnaaz, tindakannya itu adalah kerana ingin memperbetulkan segala spekulasi yang sedang hangat diperkatakan mengenai rumah tangganya. Selain itu, dia tetap ingin mencuba untuk menyelesaikan isu antaranya dengan isteri dengan baik tanpa sebarang perbalahan.

Susulan kes tersebut, adik kepada Nabila iaitu Nellisa Mohd Noor dilihat memuat naik status berbaur sindiran yang menimbulkan persoalan kepada siapa agaknya kata-kata itu ditujukan? Memetik kata-kata mengenai layanan seorang suami kepada isteri. Nellisa menyatakan bahawa si suami jangan hanya tahu menunding jari dan mencari kesalahan isteri sahaja.

Nellisa mohd noor sharnaaz ahmad

Adakah status itu berkaitan dengan isu panas melibatkan kakaknya yang sedang hangat diperkatakan ketika ini?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.