fbpx
Now Reading
Isu Video Viral , Sufi Rashid Tampil Perjelaskan Keadaan

Isu Video Viral , Sufi Rashid Tampil Perjelaskan Keadaan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/ISM.DELIGHTS/videos/10220324920575234/

Kecoh di media sosial baru-baru ni, apabila ibu kepada penyanyi Sufi Rashid meluahkan perasaan kecewanya apabila diperlakukan seperti pernjenayah ketika majlis perkahwinan anaknya. Malah dia mendakwa semua ini berpunca apabila ada pihak dikatakan cuba menghalang mereka sekeluarga dari memasuki dewan majlis tersebut.

Dia dalam masa turut memuat naik video yang mencetuskan tanda tanya orang ramai apabila memperlihatkan isteri sufi perlahan-lahan meninggalkan pelaminan ssewaktu ibu Sufi, Irma Suriana naik memeluk dan mencium anaknya.

Terbaru, menerusi Facebook, pemenang Akademi Fantasia 2015 itu menjelaskan serba sedikit apa sebenarnya yang berlaku di antara ibu dan isterinya tempoh hari. Dia juga dalam masa yang sama cuba untuk memperbetulkan keadaan dengan menerangkan bahawa isterinya tiada langsung niat untuk berlaku biadap semasa majlis berlangsung.

Sufi turut menerangkan yang dia menyayangi kedua wanita itu dan menganggap mereka bidadari dalam hidupnya

Dalam pada itu, Sufi turut meminta setiap pihak agar tidak menimbulkan sebarang cerita yang boleh mengundang fitnah ke atas diri nya dan keluarga.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.