fbpx
Now Reading
“Saya seorang muslim dan tahu apa yang perlu buat” – Akim Ahmad Jawab Isu Baju Seksi Stacy Anam

“Saya seorang muslim dan tahu apa yang perlu buat” – Akim Ahmad Jawab Isu Baju Seksi Stacy Anam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Susulan pakaian Stacy Anam didakwa netizen terlalu seksi hingga ada yang menggelarkan penyanyi itu wanita akhir zaman, Akim Ahmad tampil membidas kecaman tersebut.

Sebagai suami, Akim terguris apabila dikatakan tidak pandai mendidik isteri hingga membenarkan penyanyi wanita itu berpakaian mencolok mata pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) baru-baru ini.

“Saya syukur sebab Stacy yang saya kenal dulu jauh berbeza daripada dia yang sekarang dan pakaiannya pun berbeza. Itu adalah progres positif daripadanya sendiri. 

“Sebagai suami saya bangga dengan perubahan itu.

“Bagi yang baru kenal Stacy selepas masuk Islam, mereka boleh bercakap apa mahunya. Pada saya tiada apa-apa isu pun.

“Mula-mulanya saya agak sakit hati apabila tuduh saya tak didik isteri. Macam kita tak buat kerja kita pula.

“Saya seorang muslim dan tahu apa yang perlu buat. Terima kasih kepada mereka yang berkata-kata sedemikian dan harap mereka terus doakan yang baik-baik,” jelas Akim kepada Gempak.

Namun, Akim terkilan apabila kebanyakan netizen tidak mengamalkan adab menegur sepatutnya seperti yang dilandaskan dalam Islam.

“Nak tegur bukan di hadapan khalayak ramai, apa salahnya kalau terus mesej saya nasihat yang baik-baik.

“Hakikatnya saya tak terima pun sebarang mesej daripada netizen yang lantang bersuara ini. Itu saya terkilan!

“Tahu agama tapi tak tahu adab!” kata Akim lagi.

Dalam pada itu, Akim tidak menyangka pakaian terbabit akan tular dan diperkatakan netizen usai Stacy membuat persembahan.

“Semua benda tutup sampai ke buku lali. Kain pun tebal, jadi tak patut ada apa-apa isu pun.

“Mungkin tarian Stacy yang agresif, tetapi saya sendiri tak tahu apa yang mereka (netizen) fikirkan sebenarnya,” tambahnya.

Sumber : Gempak.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.