fbpx
Now Reading
Tuntut Rumah Agam dan Nafkah RM123 Ribu Antara Tuntutan Rihana Oksana

Tuntut Rumah Agam dan Nafkah RM123 Ribu Antara Tuntutan Rihana Oksana

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B3Ii9dLli4z/

Isu mengenai status rumah tangga Rihana Oksana masih belum berkesudahan lagi meskipun sebelum ini peguam Sultan Kelantan mengesahkan sudah menghantar surat cerai talak tiga kepada pihak peguam Rihana.

Rihana baru-baru ini akhirnya tampil membuka mulut mengenai kemelut rumah tangganya dengan Sultan Muhammad V dalam satu temubual bersama Daily Mail. Rihana turut berkongsikan video wawancara tersebut menerusi Instagram miliknya.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/07/25/rihana-oksana-tunggu-permohonan-maaf-sultan-kelantan-cabar-buat-ujian-dna/

Rihana mendedahkan bahawa dia dan anaknya sudah tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu. Rihana turut mendakwa baginda seolah cuba bersembunyi daripadanya.

Dalam kenyataan tersebut, Rihana juga mendakwa baginda yang mencetuskan skandal hubungan mereka dan meminta maaf bagi pihak baginda. Rihana juga berharap baginda akan memikirkan tentang reputasi baginda dan akan menghenti segala kemelut.

Dalam pada itu, The Sun UK hari ini melaporkan Rihana didakwa menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) berserta nafkah anaknya sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.

Menurut laporan tersebut, perkara itu didedahkan sumber terdekat baginda kepada Mail Online.

Terdahulu, Straits Times melaporkan pasangan tersebut bercerai selepas enam bulan diijabkabulkan. Malah, peguam Sultan Kelantan V turut mempersoalkan bahawa tiada bukti mengatakan Sultan Muhammad V adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.