fbpx
Now Reading
Kes Pukul Doktor Menggatal Dengan Isteri, Dua Lelaki Di Tahan

Kes Pukul Doktor Menggatal Dengan Isteri, Dua Lelaki Di Tahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/malaysiavirall/status/1180205988776775680

Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila satu video rakaman yang menunjukkan seorang doktor di pukul oleh seorang lelaki gara-gara doktor berkenaan didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri lelaki berkenaan.

Rakaman yang berdurasi 2 minit 20 saat itu pada mulanya tular di Facebook sebelum pihak Facebook bertindak memadam klip berkenaan yang bagaimanapun kemudiannya ditularkan pula di aplikasi Twitter.

Tebaru, Polis  telah menahan dua individu yang terlibat bagi membantu sisatan berhubung kejadian berkenaan semalam. Difahamkan salah satu dari dua lelaki tersebut adalah si pelaku yang merupakan suami kepada jururawat yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan doktor berkenaan dan seorang lagi  adalah perakam video berkenaan yang merupakan kaum keluarga suaminya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusof mengesahkan perkara berkenaan dan berkata dua lelaki  berusia 37 dan 32 itu di tahan semalam.

“Kita telah memohon reman keatas kedua-dua individu itu di Mahkamah Kajang, lelaki berusia 32 tahun itu direman sehari bagi membantu siasata, manakala reman seorang lagi lelaki berusia 37 tahun telah di tolak.

Ahmad Dzaffir turut menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung insiden kejadian untuk menghubungi mana-mana balai yang berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Fahrul Anuar di talian 013-3700870

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.