fbpx

Neelofa Terima Anugerah Kategori Keusahawan, Influencer Awards 2019 Monaco

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengacara, pelakon dan usahawan popular Neelofa baru-baru ini telah menerima anugerah Influencer Awards 2019 Monaco bagi kategori keusahawan yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco

Dipetik dari Astro Gempak, pengasas produk Naelofar, itu begitu teruja apabila dipilih menerima anugerah berkenaan memandangkan setiap penerima yang terpilih dan calon-calonnya adalah mereka yang berjaya dari serata dunia.

“Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini.

“Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa,” katanya menerusi satu kenyataan kepada Gempak.

Tambah Neelofa lagi, perniagaan hijab yang diusahakan sejak 2014 dengan fokus utamanya pada fesyen sopan telah membuka peluang untuknya mengembara dan memperkenalkan Malaysia ke persada dunia.

“Saya sendiri tidak sangka diberikan pengiktirafan sebegini rupa. Bermula dengan perniagaan kasut secara kecil-kecilan di rumah membawa kepada kewujudan jenama Naelofar, pengiktirafan ini merupakan titik tertinggi dalam karier bisnes saya setakat ini.

“Jujur saya katakan, saya berasa sangat bertuah memandangkan bisnes hijab ini mampu menjadi platform buat saya memperkenalkan negara kita dan fesyen sopan kepada orang luar,” katanya lagi.

Pengajuran Influencer Awards 2019 Monaco ini edisi  kedua selepas pertama kali diperkenalkan tahun lalu.

Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas

Selain Neelofa, Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.