fbpx

“Saya tiada niat untuk sorok atau menipu..” – Tajul Ariff Buka Mulut Mengenai Perkahwinannya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Status perkahwinan penyanyi muda, Tajul Ariff terjawab apabila adik kepada arwah Achik Spin itu tampil mengesahkan dia sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza Eddie pada 23 Disember 2017.

Menurut laporan MStar Online, Tajul merahsiakan perkara itu kerana bimbang akan kehilangan peminat ketika sedang membina nama dalam indusri seni serta enggan mencampurkan urusan peribadi dan kerjaya.

“Ya memang saya sudah berkahwin. Salah satu sebab saya tidak berkongsi kerana ketika itu saya sedang membina nama, jadi takut hilang peminat.

“Selain itu, saya juga tidak mahu privasi keluarga saya terganggu dan tak mahu netizen mula campur adukkan kehidupan peribadi dan kerjaya seni.

“Tapi saya tiada niat untuk sorok atau menipu mana-mana pihak.

“Kalau ikutkan, seluruh keluarga saya, isteri serta pihak pengurusan dan rakan terdekat mengetahui perkara ini,” katanya.

Sebelum ini, teka-teki mengenai status perkahwinan Tajul menjadi tanda tanya apabila penyanyi itu tetap dengan pendiriannya untuk terus mengunci mulut.

Dalam pada itu, Tajul turut mengakui isterinya kini sedang hamil lapan bulan dan bakal menimang cahaya mata pertama pada hujung November ini.

“Saya harap semua peminat mendoakan yang baik-bauk untuk saya dan isteri serta bayi kami yang bakal lahir, sesungguhnya saya tiada niat untuk menipu mereka,” katanya lagi.

Sumber: mStar Online

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.