fbpx
Now Reading
Operasi Kumpulan Utusan Melayu Ditamatkan Hari Ini?

Operasi Kumpulan Utusan Melayu Ditamatkan Hari Ini?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nasib 800 kakitangan Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd kini sekali lagi menjadi tanda tanya apabila operasi syarikat akhbar itu dikatakan akan ditamatkan hari ini.

Ia dipercayai susulan keputusan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir yang akan mengumumkan kebankrapan sukarela syarikat itu.

Setiausaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan Utusan, Muhammad Basir Abu Bakar berkata, semua kakitangan sudah diarahkan untuk mengosongkan meja masing-masing selewat-lewatnya jam 1 tengah hari.

Katanya, wartawan dan jurugambar juga tidak diberikan tugasan menguatkan lagi dakwaan penamatan operasi syarikat akhbar itu.

“Setakat ini kakitangan tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai dakwaan itu daripada pihak pengurusan, sebaliknya hanya diminta mengosongkan meja masing-masing oleh ketua unit.

“Ini menjadi tanda tanya 800 kakitangan yang masih bekerja mengenai nasib kami,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tindakan mengisytiharkan syarikat itu bankrap dipercayai untuk mengelak daripada membayar sebarang pampasan kepada pekerja dan bekas pekerja yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

Katanya, jika benar akhbar kumpulan ini ditamatkan operasi, ia menjadi satu tamparan hebat kepada industri persuratkhabaran Melayu.

“Kami juga mahu Datuk Abd Aziz mengotakan janji untuk tidak meletakkan ‘batu nisan’ kepada Utusan,” katanya.

NUJ Cawangan Utusan dijangka akan mengadakan sidang media tergempar jam 12 tengah hari ini di ibu pejabatnya di Jalan Chan Sow Lin mengenai kemelut berkenaan.

Kumpulan Utusan yang menerbitkan Utusan Malaysia dan Kosmo! berdepan masalah kewangan kritikal sejak beberapa tahun lalu sehingga menyebabkan tunggakan gaji kakitangan dan bekas kakitangan.

Menurut Twitter Bernama, satu kenyaataan telah dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia berkenaan perkara tersebut.

Sumber : Harian Metro.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.