fbpx
Now Reading
“Kalau Bahasa Inggeris saya tidak betul…saya tidak malu kerana…” – Tunku Azizah

“Kalau Bahasa Inggeris saya tidak betul…saya tidak malu kerana…” – Tunku Azizah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1181461545005379584https://twitter.com/cheminahsayang/status/1181579411599966208https://twitter.com/cheminahsayang/status/1181581933873991686

Tulisan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tentang bahasa mendapat perhatian warga Twitter.

“Ada masa Bahasa Malaysia saya kurang betul dan saya malu, tetapi kalau Bahasa Inggeris saya tidak betul… saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya… saya anak Melayu!,” tulis Baginda menggunakan akaun Twitter @cheminahsayang.

Perkongsian Tuanku Permaisuri Agong itu mendapat hampir 34,000 Retweet dan lebih 55,000 like

Tunku Azizah turut menambah bahawa di Malaysia, bangsa Cina dan India cukup beruntung kerana boleh menguasai tiga bahasa, sedangkan kaum Melayu hanya dua bahasa.

“Alhamdulillah, itulah kelebihan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Saya sarankan kita Melayu kena belajar bahasa India / Cina, jadi kita semua rakyat Malaysia boleh bertutur 3 bahasa,” tulis Tunku Azizah dalam satu tweet lain.

Baginda turut menambah bahawa menguasai bahasa lain banyak faedahnya tetapi perlu menguasai bahasa sendiri terlebih dahulu.

“Walaupun menguasai bahasa lain banyak faedahnya juga… but we must master our own language first… Bahasa menunjukkan bangsa, kita bangsa Malaysia harus megah dengan Bahasa Malaysia!” tulis Tunku Azizah melalui akaun Twitter @cheminahsayang.

Rakyat Malaysia yang menggunakan Twitter berasa gembira dan bertuah apabila Tunku Azizah kembali semula ke Twitter setelah menutup seketika atas sebab-sebab tersendiri.

Sumber : Twitter @cheminahsayang

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.