fbpx
Now Reading
Checkmate! Jawapan Dr Sheikh Muszaphar Buat Semua Pengikut Flat Earth Terkesima.

Checkmate! Jawapan Dr Sheikh Muszaphar Buat Semua Pengikut Flat Earth Terkesima.

Sebut sahajalah apa sahaja bukti yang anda miliki untuk meyakinkan bahawa bumi berbentuk sfera, pasti tetap ada golongan yang menafikannya.

Kenyataan kelompok yang lansung tidak pernah naik ke angkasa ini kadangkala dilihat bagai lebih arif tentang bumi lebih dari para angkasawan di dunia. Di Malaysia pula, umum pasti tahu individu yang paling kerap di tanyakan soalan sebegini, tidak lain dan tidak bukan iaitu angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar.

Mereka bukan sahaja cuba berdekat dengan Sheikh Muszaphar, malah ada yang mencabarnya untuk bersumpah dengan nama Allah bagi membuktikan kenyataan yang diberikannya sebelum ini benar bahawa bumi ini tidak rata.

Seakan sudah penat melayan kerenah golongan flat earth ini, angkasawan negara itu akhirnya membuat satu kenyataan yang benar-benar mendiamkan mereka.

“Saya menerima ribuan mesej peribadi (DM) di media sosial bertanya saya bentuk muka bumi ini sehingga ada yang berani untuk saya bersumpah dengan nama Allah

“Rasanya sudah saya terangkan dengan jelas di perkongsian sebelum ini gambar yang saya rakam dari angkasa lepas. Namun, apa saja penerangan saya,tetap tidak dapat meyakinkan mereka (golongan flat earth). Mereka tetap dengan fakta dan bukti mereka yang tidak berasas cuba melawan fakta sebenar,” tambah Sheikh Muszahpar.

“Pada hari Jumaat yang mulia ini, saya mahu sekali lagi menerangkan kepada golongan ini tentang apa yang saya lihat dan tahu. Dengan nama Allah saya bersumpah bahawa Bumi berbentuk sfera seperi mana dilihat oleh saya di Angkasa. Harap semua jelas selepas ini,” jelas Sheikh Muszahpar di akhir penulisannya.

Diharap kenyataan ini sudah cukup kuat untuk menutup mulut pengikut flat earth yang sentiasa mahu menang bila diajak berhujah .

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.