fbpx

“Tak Sengaja, Tak Nampak Lah!” – Iqram Dinzly Tak Sengaja Tayang Anu di Bigo Live?

Selalunya ada saja kisah kontroversi melibatkan Iqram Dinzly dan banyak kali dikecam susulan tindakannya seolah mempersendakan agama. Nampaknya, nama pelakon itu sekali lagi menjadi bualan ramai apabila muncul di Bigo Live.

Tampil dengan pakaian bercorak polka dot berwarna hitam putih, video tersebut memaparkan Iqram berjalan seperti model di atas pentas peragaan. Namun apa yang menjadi kecoh apabila seolah ternampak bahagian kemaluannya pula.

Rata-rata penonton terkejut dan mengatakan mereka nampak bahagian anunya. Bagaimanapun, Iqram mengatakan dia tidak sengaja dan seolah cuba menafikannya.

“Tak nampak, tak nampak, tak nampak, sikit je, sumpah tak sengaja,” katanya sambil ketawa.

See Also

Tahun lalu, Iqram pernah mencetuskan kontroversi apabila menggelarkan Nabi Muhammad SAW sebagai Che Mat. Bagaimanapun, Iqram memohon maaf kepada semua dan mengakui dirinya juga manusia tidak sempurna kerana terlepas cakap.

Ada saja kontroversi cuba ditimbulkan oleh Iqram, atau mungkin mahu meraih perhatian netizen? Apa pun diharap keadaan Iqram baik-baik sahaja.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.