fbpx
Now Reading
“Itu adalah kerja-kerja yang tidak bermaruah…” – Netizen Berang Dengan Kenyataan Pensyarah Ini Terhadap Pekerjaan ‘Runner’

“Itu adalah kerja-kerja yang tidak bermaruah…” – Netizen Berang Dengan Kenyataan Pensyarah Ini Terhadap Pekerjaan ‘Runner’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/dalittlest/posts/10220632706586436

Tular di laman sosial satu klip video rancangan temu bual yang membincangkan tentang pekerjaan penghantar makanan atau runner yang kini dilihat sebagai salah satu pilihan pekerjaan yang popular dalam kalangan anak muda.

Namun, kenyataan yang dikeluarkan oleh penyarah jemputan untuk sesi temu bual tersebut ternyata sangat kontroversi dan tidak disenangi oleh netizen terutamanya para rider dan runner.

Pensyarah berkenaan secara terbuka melabelkan pekerjaan runner atau rider ini sebagai ‘tidak bermaruah’ dan cuba untuk memperbetulkan kenyataannya apabila beliau sedar sudah terlepas cakap. Namun, kenyataan itu sedikit sebanyak telah melukakan hati rakyat Malaysia yang menjadikan pekerjaan ini sebagai mata pencarian.

Saudara Qayyum Irwanzi juga tidak senang dengan kenyataan yang dibuat dan berkata tidak semua orang mempunyai laluan hidup yang sama. Ada yang mudah mengecap kejayaan dan ada yang tidak begitu bernasib baik.

Qayyum juga turut menambah jangan menghina pekerjaan orang lain kerana kita tidak tahu bagaimana mereka bergelut untuk sesuatu pekerjaan berkenaan.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata banyak hati yang terluka,” tulis Qayyum menutup tulisannya. Sehubungan itu, netizen mahu pensyarah berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka dan berharap tidak ada lagi mana-mana individu memandang rendah pekerjaan halal yang ada di Malaysia.

Berikut merupakan komen-komen lain daripada netizen mengenai perkara tersebut.

Sumber : TheVocket.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.