fbpx
Now Reading
Teguran Komen Dr Sheikh Muszaphar Kepada Hairul Azreen Dipadam Undang Kecaman Netizen

Teguran Komen Dr Sheikh Muszaphar Kepada Hairul Azreen Dipadam Undang Kecaman Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan Hairul Azreen, pelakon yang memuat naik video di Instagram dirinya memegang anak keduanya, Alisa dengan cara handstand mengundang pelbagai reaksi termasuk angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Beliai telah menegur Hairul dengan meniggalkan komen di video tersebut

Difahamkan menurut info yang dikongsikan Hairul, aksi itu dilakukannya baru-baru ini ketika Alisa berusia empat bulan.

“Salam Hairul, apa yang kamu lakukan sebenarnya adalah dengan mengunci lututnya untuk membuatkan dia tegak berdiri.

“Ia mungkin boleh menyebabkan kebengkokkan sendi lutut (bowing of the knee) kemudian hari kerana anak itu masih belum bersedia.

“Itulah sebabnya seseorang kanak-kanak akan bersedia untuk berdiri dengan sendiri apabila tulang dan ototnya sudah cukup kuat.

“Tekanan sedemikian adalah tidak perlu terutama pada sambungan lutut. Itu sekadar nasihat supaya orang lain tidak menirunya,” tulis Sheikh Muszaphar.

Bagaimanapun komen nasihat itu telah dipadamkan Hairul daripada ruangan komen pada rakaman video terbabit.

Tindakan sedemikian mengundang rasa kecewa dan ada yang mengecam tindakan pelakon itu.

Mengimbas semula, Hairul yang terkenal dengan aktiviti lasak dan lagak ngeri pernah melakukan aksi sama ketika anak sulungnya, Yusuf Iskandar masih kecil beberapa tahun lalu.

Hairul dan Hanis Zalikha telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata Yusuf, 2, dan Alisa, 4 bulan.

Sumber : Instagram, Twitter

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.