fbpx
Now Reading
Respek! Pemain Lawan Kelilingi Wanita Ini Supaya Dia Dapat Membetulkan Hijabnya Di Tengah Permainan.

Respek! Pemain Lawan Kelilingi Wanita Ini Supaya Dia Dapat Membetulkan Hijabnya Di Tengah Permainan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Wanita bertudung dan sukan kini dilihat semakin sebati, satu perkembangan yang amat positif secara amnya, malah dunia arab juga kini dilihat seakan sudah mengakui dan dapat menerima betapa pentingnya kehadiran wanita dalam arena persukanan.

Dipetik dari Indian Express, sebuah momen menarik telah berjaya dirakam dan kemudiannya viral di media sosial sewaktu perlawanan bola sepak wanita di Jordan antara pasukan Shabab Al Ordon Club menentang Arab Orthodox Club.

Video tersebut memperlihatkan seorang pemain bertudung dari pasukan Orthodox Club sedang menggelecek bola di hadapan tiga pemain lawan sebelum bola tersebut  berjaya disekat dan ditendang keluar oleh pemain lawan. Dalam masa sama, tudung pemain wanita itu bagaimanapun dilihat hampir terjatuh

Pemain berkenaan kemudiannya pantas tunduk bagi membetulkan tudungnya. Namun merasakan pemain berhijab itu menjadi tumpuam umum lagi-lagi di tengah tengah perlawanan, seorang demi seorang pemain dari Shahab Al Ordon datang dan membentuk benteng bulat bagi memudahkan wanita berkenaan membetulkan tudungnya tanpa memperlihatkan auratnya di khalayak ramai.

Ikuti klip video berkenaan di bawah :

Video tersebut menarik perhatian warga netizen dan rata-rata memuji tindakan pemain-pemain lawan berkenaan sambil menyifatkan ia sebagai satu tindakan terpuji.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.