fbpx
Now Reading
Terkejut Rambut Di Potong Pendek, Model Ini Menangis Sebelum Jatuh Pengsan

Terkejut Rambut Di Potong Pendek, Model Ini Menangis Sebelum Jatuh Pengsan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rambut adalah mahkota bagi setiap perempuan, sebab itu dandanan rambut sama pentingnya dengan solekan. Tidak kiralah sama ada berhijab atau pun freehair ramai wanita sanggup menghabiskan wang ringgit  dan masa demi memastikan rambut mereka cantik panjang dan sentiasa mengikuti citarasa mereka.

Tidak ramai juga wanita yang akan gembira selepas memotong rambut mereka, lagi-lagi jika ianya pendek dari yang mereka mahukan.

Ini yang terjadi kepada seorang model dari Turki, Illayda apabila rambutnya secarat tidak sengaja telah dipotong sedikit pendek oleh pendanan rambut ,Bilal Agin dalam satu rancangan pendandanan secara lansung di TV.

Illayda yang tidak gembira melihat rambutnya dipotong begitu pendek lantas menangis sebelum berlari meninggalkan set rakaman.

Sewaktu menghampiri belakang pentas, dia yang kedengaran teresak-esak menangis bagaimapun tiba-tiba jatuh pitam dek kerana terlalu terkejut. Namun Illayda agak bernasib kerana sempat disambut oleh pengacara rancangan berkenaan yang cuba memujuk nya sebelum jatuh rebah.

Ikuti video di bawah ini :

Oh Turkish TV, you are just too much sometimes!Source: Kuaförüm Sensin

Posted by Turkishisms on Friday, 4 October 2019

Klip daripada rancangan Kuaförüm Sensin atau terjemahannya “Pendandan Rambut Saya” ini telah menjadi tular dilaman sosial dan mendapat 750 ribu tontonan ,1000 perkongsian dan 8500 komen di Facebook.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.