fbpx
Now Reading
Pakai ‘Fake Braces’ Boleh Terdedah Kepada Jangkitan HIV?

Pakai ‘Fake Braces’ Boleh Terdedah Kepada Jangkitan HIV?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Boleh dikatakan fake braces atau pendakap gigi tiruan sering menjadi pilihan kerana harga yang ditawarkan murah berbanding di klinik gigi dimana harga ditawarkan mencecah ribuan ringgit meskipun tahu risikonya.

Terbaru, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia Dr Doreyat Jemun berkata perkhidmatan pendakap gigi tiruan boleh terdedah kepada jangkitan pelbagai jenis penyakit berjangkit termasuk HIV.

Lebih mengejutkan, beliau berkata jumlah pengguna pendakap gigi tiruan yang datang ke Klinik Kesihatan Pergigian Awan (KKPA) di seluruh negara semakin meningkat.

“Kedatangan pesakit itu kerana mereka mengalami pelbagai implikasi daripada kesan penggunaan pendakap gigi tiruan yang semakin menjadi ‘trend’ terkini.

“Perkara ini membimbangkan apabila masih ramai orang awam terutama remaja yang menggunakan perkhidmatan haram itu kerana murah dan mudah sedangkan mereka berdepan dengan pelbagai risiko.

“Perkhidmatan haram ditawarkan itu dijalankan tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya dan paling merisaukan kerana kebarangkalian pengguna untuk dijangkiti virus dan kuman sangat tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya berharap orang ramai sedar tentang bahaya penggunaan pendakap gigi tiruan dan mendapatkan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi dari pihak yang bertauliah.

Ujarnya lagi, banyak kes akibat penggunaan pendakap gigi tiruan direkodkan antaranya gigi menjadi semakin jongang dan ada kes semua gigi tertanggal.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.