fbpx
Now Reading
“Saya Edit Bukan Nak Kelihatan Seksi”- Masya Masyitah Jelaskan Sebab Sunting Gambar

“Saya Edit Bukan Nak Kelihatan Seksi”- Masya Masyitah Jelaskan Sebab Sunting Gambar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecoh di Twitter beberapa hari lepas apabila seorang warga Twitterjaya mendakwa bekas juara ceria PopStar 2014 , Masya Masyitah  menyunting gambarnya sehingga menyebabkan dinding dibelakangnya menjadi bengkok.

Kisah tersebut yang menjadi tular sehingga mendapat perhatian Masya sendiri, menyebabkang gadis cantik itu kemudiannya tampil di Instagram bagi menjelaskan dan memberikan sebab sebenar dia menyunting gambar yang tular berkenaan.

“Okay semalam tetiba ada orang menviralkan gambar yang agak lama dah Masya post.. Dan masa tu takdak sorang pon comment pasai edit pungkoq ka apa semua ni.. Bila semalam tiba2 viral..

“Masya pon terkejut.. Then masya tengok balik.. Haah la.. Mmg edit.. Okay.. Masya mengaku memang masya edit…tapi bukan untuk nak tayang I ada punggung besar ke apa sebab Masya jenis tak suka punggung besaq…

“Tengok gambar first ni.. Ini yg original.. Why masya edit? Masya edit sebab tu tengok kat bahagian peha tu jadi bukit2 tu.. Tak tau pasaipa.. Mungkin masya tak betulkan seluaq sebelum pose tu.. Jadi dia jadi berketak2 kat situ sikit.. Jadi saya mengaku lah salah saya sebab saya edit..

“Tapi saya edit bukan sebab nak besarkan pungkoq atau bagi nampak lebih seksi.. Tapi hanya untuk menstraightkan balik bahagian ketak tu.. Tak sangka la sampai wall tu pon tertarik sekali.” jelas Masya panjang lebar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.