fbpx
Now Reading
Ibu Temui Kelibat ‘Hantu Bayi’ Tidur Bersama Anak

Ibu Temui Kelibat ‘Hantu Bayi’ Tidur Bersama Anak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/maritza.elizabeth.73/posts/10157681438939555

Memang tugas ibu –bapa untuk mengawasi anak kecil mereka bukan sahaja ketika mereka masih berjaga malah ketika mereka tidur. Namun seorang ibu viral kisah nya di media sosial apabila dikatakan mengalami pengalaman yang agak ‘mengerikan’ gara-gara terlihat kelibat seorang ‘hantu bayi’ yang sedang tidur bersama anaknya pada satu malam.

Maritza Elizabeth yang tidur berasingan dari anaknya dikatakan terkejut selepas terlihat kelibat berkenaan sewaktu meninjau pergerakan anaknya baby monitor, sejenis CCTV yang diletakkan di dalam bilik anaknya  membuatkan dia tidak mampu tidur lena.

Memberanikan diri untuk menyiasat kelibat berkenaan dia akhirnya menemui sesuatu yang tidak disangka di dalam bilik anaknya. Namun penemuan itu langsung tidak seseram yang dia sangka sebaliknya sesuatu yang melucukan.

Kelibat berkenaan sebenarnya adalah gambar yang menghiasi tilam berkenaan

“Malam tadi saya begitu pasti yang memang ada hantu bayi di dalam katil bersama anak saya. Saya begitu terkejut sehingga tidak boleh lelap. Saya juga ada menyelinap masuk menggunakan lampu suluh ketika kejadian

“Pagi ini saya masuk untuk siasat sekali lagi, rupa-rupanya suami terlupa memasang kembali pelapik tilam semasa menukar cadar “

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.